Rabu, 21 September 2011

ULUMUL HADITS

ULUMUL HADITS
I.      PENGENALAN :
           
1.      Ilmu Mushtolah Hadits

Ilmu Mustolah Hadis ialah ilmu usul dan kaedah-kaedah untuk mengenali keadaan Sanad dan Matan samada ianya boleh diterima atau ditolak.
Ilmu Hadis terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
Ilmu Hadis Riwayah dan Ilmu Hadis Dirayah.

1 - Ilmu Hadis Riwayah:
Ilmu Hadis Riwayah ialah ilmu yang memfokuskan kepada pemindahan kata-kata Nabi s.a.w, perbuatan, riwayat, penjagaan dan penulisannya.

2 - Ilmu Hadis Dirayah:
Ilmu Hadis Dirayah ialah ilmu yang membantu kita untuk mengetahui hakikat riwayat, syarat-syarat, bahagian-bahagian serta hukum-hukumnya. Begitu juga ia membantu kita mengetahui keadaan perawi, syarat-syarat perawi dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Riwayat Sebenarnya ialah:
Memindahkan Hadis dan seumpamanya dengan mensanadkan kepada orang yang dinisbahkan kepadanya. Pemindahan tersebut dilakukan secara riwayat atau khabar dan selainnya.
Syarat-syaratnya:
Perawi menerima apa yang diriwayatkan kepadanya melalui salah satu dari cara meriwayatkan Hadis samada melalui pendengaran, pembentangan, ijazah atau sebagainya.

Bahagian-bahagiannya: Ittisal (bersambung) serta Ingqita' (terputus) dan sebagainya.

Hukum-hukumnya: Maqbul (diterima) dan Mardud (ditolak).
Keadaan Perawi: Adil dan Jarah.
Syarat-syarat mereka: Dalam menyimpan dan menyampaikan Hadis.
Bentuk-bentuk riwayat: Riwayat dari kitab-kitab, mukjam Hadis, juzu'-juzu' dan sebagainya.
Perkara yang berkaitan dengannya ialah: Mengetahui istilah ahli Hadis.
Ilmu ini dinamakan ilmu Hadis Dirayah, ilmu usul Hadis Riwayah atau ilmu Mustolah Hadis. Walau bagaimanapun ilmu Mustolah Hadis merupakan nama yang termasyhur, lebih jelas serta menepati apa yang dimaksudkan.
- Topiknya:
Perawi dan Hadis yang diriwayatkan dari sudut penerimaan dan penolakan.
- Faedahnya:
Untuk mengetahui khabar dan riwayat yang disampaikan samada diterima atau ditolak.

- Di antara karangan-karangan penting dalam ilmu ini ialah:

1 - (المحدث الفاصل بين الراوي والسامع) karangan Al-Qadi Abu Muhammad Ar-Ramahrumzi. Beliau merupakan orang pertama yang mengarang ilmu ini secara perseorangan.
2 - (علوم الحديث) karangan Al-Hafiz Abu Amru bin As-Solah yang terkenal dengan Muqaddimah Ibnu Solah. Ibnu Hajar menyatakan bahawa: (Beliau telah menghimpun di dalam kitabnya kesemua permasalahan yang timbul dan usaha ini tidak pernah dilakukan oleh pengarang-pengarang lain. Oleh sebab yang demikianlah orang ramai telah memberi tumpuan kepadanya serta mengikuti jalannya tanpa mengira apa yang disusun, diringkas, apa yang dijelas secara terperinci, apa yang dijelas secara ringkas serta apa yang diterima dan ditolak).
Melihat kepada peri pentingnya ilmu ini, Imam Nawawi berusaha membuat kesimpulan di dalam kitabnya (التقريب) . Ulama-ulama lain juga turut membuat kesimpulan di dalam kitab masing-masing seperti Ibnu Kasir di dalam Kitabnya (اختصار علوم الحديث) , Ibnu Hajar Al-Asqalani di dalam kitabnya (نخبة الفكر في مصطلح أهل الأثر) dan lain-lain lagi.

Adil

Abdul Rahman Bin Abu Hatim Ar-Razi telah membahagikan dalam kitab (Al-Jarah Wa Ta'dil) kepada empat peringkat, kemudian Al-Hafiz Az-Zahabi dan Al-Iraqi telah menambahkan satu lagi menjadikannya lima peringkat, sementara Syeikhul Islam Ibnu Hajar telah menjadikannya enam peringkat. Susunan peringkat yang kita paparkan di sini adalah mengikut ibnu Hajar, serta keterangan pada setiap penambahan.

Jarah

Iaitu beberapa peringkat yang kita sebutkan perawi yang lemah dan yang amat lemah, sebagaimana yang disusun oleh Al-Hafiz Al-Iraqi dalam kitab ( التقييد والإيضاح ) terdapat enam martabat.

Sanad

Pengertiannya pada bahasa:
Al-Mu'tamad. Sebab dinamakan dengan Al-Mu'tamad ialah kerana Hadis disanadkan kepadanya dan berpegang dengannya.
Pengertiannya pada istilah:
Sanad ialah rangkaian perawi untuk sampai kepada matan Hadis.

Matan


Pengertiannya pada bahasa:
Diambil dari kalimah (المماتنة) yang bermaksud jauh dari matlamat kerana matlamat ialah sanad ataupun dari kalimah (متنت الكبش) maksudnya apabila disiat kulitnya maka menjadi putih dan dikeluarkan seolah-olah Musnad mengeluarkan matan dengan sanadnya atau diambil dari kalimah (المتن) iaitu tanah yang tinggi kerana Musnad yang dikuatkan dengan sanad dan diangkat kepada orang yang meriwayatkannya, atau diambil dari kalimah (تمتين القوس) iaitu menguatkannya kerana Musnad menguatkan Hadis dengan sanadnya.
Pengertiannya dari sudut istilah:
Iaitu apa yang berakhir kepadanya sanad dari perkataan tanpa diambil kira sama ada daripada Nabi s.a.w ataupun daripada orang lain.
Contohnya:
Diriwayatkan daripada Imam Muslim di dalam sahihnya, katanya: Diceritakan kepada kami oleh Abu Bakar bin Abi Syaibah diceritakan kepada kami oleh Abu Usamah daripada Hisyam daripada Muhammad bin Sirin daripada Abu Hurairah daripada nabi s.a.w bersabda: (Seorang lelaki tidak boleh meminang tunang saudaranya dan jangan menawar belian yang sedang ditawar oleh saudaranya dan jangan mengahwini perempuan dengan bapa saudaranya dan dengan datuknya dan jangan di kalangan perempuan meminta perceraian saudaranya untuk dia mengahwininya, sesungguhnya semua itu telah ditetapkan oleh Allah baginya) Mereka ini ialah perawai-perawi yang telah meriwayatkan satu Hadis daripada orang lain, dan daripada Nabi s.a.w mereka ini dikenali sebagai perawi Hadis. Adapun rantaian sambungan itu dinamakan: Sanad, kadang-kadang disebut juga: Isnad. Adapun yang berakhir sanad kepadanya dari kata-kata, perbuatan, pengakuan atau sifat Nabi s.a.w maka ia dinamakan matan iaitu pada Hadis tersebut, lafaz-lafaz itulah yang keluar daripada daripada Nabi s.a.w.

Cara Pengambilan/Meriwayatkan 

Dimaksudkan dengan cara-cara pengambilan ialah jalan pengambilan Hadis oleh perawi dan pengambilan secara berguru dari syeikhnya.
Terdapat beberapa bentuk pengambilan dan pemindahan Hadis. Sebelum ianya dijelaskan secara terperinci, di sini terdapat beberapa perkara penting yang perlu diketahui:

Pertama:

Sah pengambilan Hadis walaupun tidak mengetahui masalah Hadis malah boleh diterima riwayat dari orang yang mengambil Hadis sebelum Islam dan meriwayatkannya setelah memeluk Islam. Begitu juga riwayat dari orang yang mendengarnya sebelum baligh dan meriwayatkannya selepas baligh. Manakala kaum kedua pula berpendapat sebaliknya tetapi pendapat mereka adalah silap kerana orang ramai telah menerima riwayat-riwayat Hadis daripada para sahabat seperti: Hasan, Husain, Ibnu Abbas, Abdullah bin Az-Zubair, Nu'man bin Basyir dan selain daripada mereka tanpa membezakan apa yang mereka riwayatkan samada sebelum baligh atau selepasnya. Sebagai contoh Hadis Jabir bin Mut'am yang disepakati kesahihannya telah diambil semasa beliau masih dalam keadaan kufur: Sesungguhnya beliau mendengar Nabi s.a.w membaca surah At-Thur semasa sembahyang Maghrib, beliau datang untuk menebus tawanan peperangan Badar sebelum beliau memeluk Islam, manakala di dalam riwayat Imam Bukhari pula: ( ... itulah kali pertama kebesaran Islam lahir di dalam hatiku).

Kedua:

Sah pendengaran kanak-kanak apabila dia berakal dan kuat daya ingatan. Sesungguhnya Imam Ahmad bin Hambal ditanya: Bilakah diharuskan pendengaran kanak-kanak؟ Beliau menjawab: Apabila dia berakal dan daya ingatannya kuat. Seorang lelaki berkata kepadanya: Tidak harus pendengarannya (kanak-kanak) sehinggalah dia berumur lima belas tahun tetapi Imam Ahmad bin Hambal mengingkarinya dan berkata: Itu kata-kata yang tidak elok!. Qadi Iyadh telah menceritakan bahawa penduduk As-San'ah telah menentukan bahawa umur yang disahkan pendengaran bagi kanak-kanak adalah bermula ketika kanak-kanak tersebut berumur lima tahun. Ini adalah pendapat sebahagian besar ulama. Hujah mereka adalah berdasarkan kepada Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan selain daripadanya iaitu Hadis Mahmud bin Ar-Rabi' r.a dimana katanya: Aku ingat Nabi s.a.w telah menyimbah air ke wajahku dengan sebuah timba yang ketika itu aku berumur lima tahun. Dalam masalah ini Imam Bukhari mengkhususkan satu bab di dalam kitabnya: Bilakah disahkan pendengaran kanak-kanak؟

Ibnu Solah berkata: Cara yang paling betul untuk memastikan mumayyiz ialah berdasarkan kepada kemampuan seorang kanak-kanak memahami persoalan dan dapat memberi jawapan dengan baik. Itu adalah tanda dia telah mumayyiz dan sah pendengarannya walaupun umurnya tidak sampai lima tahun.

Terdapat delapan cara meriwayatkan Hadis:

1 - Mendengar:

Mendengar Hadis dari lafaz Syeikh. Bahagian ini adalah bahagian yang teratas dan bentuk riwayat yang tertinggi di sisi sebahagian besar Ulama. Mendengar terbahagi kepada menulis dan meriwayatkan Hadis tanpa menulis samada dari hafalan atau atau tulisannya. Sementara itu menulis merupakan cara yang terbaik dari cara-cara yang lain walaupun kedua-duanya mempunyai nilai yang sama pada martabat (kedudukan) asalnya.

2 - Pembacaan:

Pembacaan bermaksud membaca Hadis di hadapan Syeikh. Kebanyakan ahli Hadis menamakannya sebagai pembentangan bacaan daripada pembaca di hadapan Syeikh sebagaimana pembentangan Al-Quran bagi Qari tetapi Syeikhul Islam Ibnu Hajar telah berkata di dalam Syarah Al-Bukhari: Di antara pembacaan dan pembentangan terdapat masalah umum dan khusus. Pembacaan lebih umum dari pembentangan. Pembacaan dikira berdasarkan samada anda sendiri yang membaca di hadapan Syeikh atau orang lain yang membaca di hadapannya dan anda mendengarnya. Pembacaan juga dikira walaupun melalui kitab, hafalan, Syeikh yang menghafaz apa yang dibaca di hadapannya atau tidak menghafaznya tetapi menjaga asal usulnya serta mempercayai perawi selainnya. Oleh yang demikian tidak ragu-ragu lagi bahawa ianya merupakan riwayat yang sahih selagi apa yang diceritakan itu tidak terdapat perselisihan yang amat ketara.

3 - Ijazah:

Ijazah merupakan keizinan meriwayatkan Hadis samada sebutan atau penulisan. Walau bagaimanapun ulama-ulama Hadis berselisih pendapat tentang martabatnya berbanding dengan martabat (kedudukan) sebelumnya. Pendapat yang paling tepat dalam masalah ini ialah Ijazah bukanlah berbentuk pembacaan di hadapan Syeikh dan mendengar daripadanya.

Tujuh Cara Ijazah Adalah Seperti Berikut:

1- Syeikh menentukan seseorang yang hendak diijazahkan seperti seorang Syeikh berkata kepada muridnya: Aku Ijazahkan kepada awak kitabku ini. Para Ulama berselisihan pendapat tentang hukum meriwayat dan beramal dengannya. Sebahagian besar Ulama telah memberi pendapat bahawa harus meriwayat dan beramal dengannya walaupun terdapat segolongan ahli Hadis yang membatalkannya seperti Syu'bah yang berkata: Sekiranya di haruskan Ijazah nescaya terbatallah perjalanan menuntut Hadis. Riwayat ini adalah merupakan salah satu daripada dua riwayat Imam As-Syafie.

2- Syeikh tidak menentukan orang yang hendak diijazahkan, contohnya Syeikh berkata: Aku Ijazahkan kepada kamu apa yang kamu dengar daripadaku. Perselisihan pendapat tentang mengharuskan riwayat di sini lebih kuat daripada sebelumnya.

3- Syeikh tidak menentukan seseorang untuk diijazahkan sebaliknya menggunakan lafaz umum seperti Syeikh berkata: Aku Ijazahkan kepada semua umat Islam atau orang yang sezaman denganku. Perselisihan pendapat pada hukum ini lebih teruk lagi.

4- Memberi Ijazah kepada orang yang tidak dikenali atau dengan cara yang tidak diketahui dan memberi Ijazah pada akhir percakapannya yang bergantung kepada syarat seperti dia berkata: Aku Ijazahkan kepada Muhammad bin Khalid sedangkan pada masa tersebut ramai yang mempunyai nama tersebut tanpa menentukan salah seorang dari mereka atau dia berkata: Aku Ijazahkan kepada Polan untuk meriwayatkan daripada aku kitab sunan sedangkan dia meriwayatkan banyak kitab-kitab sunan tanpa menentukannya. Apabila dia berkata (aku Ijazahkan kepada sesiapa yang mahu) ini adalah perkara yang tidak diketahui dan bergantung kepada syarat maka pada zahirnya ia adalah tidak sah.

5- Memberi Ijazah kepada orang yang belum dilahirkan dengan berkata: Aku Ijazahkan kepada anak yang akan dilahirkan oleh si-Polan. Ijazah ini terbahagi kepada dua bentuk: Pertamanya ialah mengaitkan anak yang bakal dilahirkan sebagai ada dan bentuk ini adalah lebih diharuskan untuk memberi Ijazah berdasarkan kiasan kepada waqaf iaitu hadir di hadapan pemberi ijazah.

6- Memberi Ijazah kepada anak yang tidak dikandungkan seperti dia mengijazahkan kepada orang yang tidak pernah mendengarnya supaya meriwayatkan kembali apa yang diijazahkan kepada orang lain. Sebetulnya cara ini adalah dilarang.

7- Pemberi Ijazah memberi Ijazah dengan berkata: Aku Ijazahkan kepada kamu ijazah-ijazahku tetapi cara ini tidak dipersetujui oleh orang-orang yang tidak mengambil berat masalah ini. Apa yang pentingnya ialah orang yang beramal dengan ijazah yang diberikan kepadanya walau dalam apa jua cara sekalipun.

4- Munawalah Yaitu Penyerahan:

Muwalah ialah pemberian riwayat asal yang didengari oleh Syeikh kepada muridnya melalui bahagian-bahagian yang menyamai dengan kitabnya dan dia berkata: Ini adalah riwayatku dari Polan, oleh itu riwayatkanlah pula daripadaku.

Cara ini adalah sahih malah ia juga merupakan cara asal sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Imam Bukhari dalam bab Ilmu:
(Bahawa Rasulullah s.a.w telah menulis satu risalah kepada ketua tentera lalu bersabda: Kamu jangan membacanya sehingga tiba pada tempat tertentu. Apabila tiba pada tempat yang dimaksudkan, beliau membacanya kepada orang ramai serta memberitahu kepada mereka tentang perintah Nabi s.a.w).

Munawalah terbahagi kepada dua bahagian:

Disertai dengan Ijazah dan tidak disertai dengan Ijazah. Bahagian yang disertai dengan Ijazah ialah peringkat Ijazah yang tertinggi manakala bahagian yang tidak disertai dengan Ijazah seperti terus menyerahkannya adalah terbatas kepada: Ini adalah yang didengar. Sebenarnya tidak harus meriwayatkan dengan cara begini. Pendapat yang sahih bahawa kedudukan Munawalah adalah lebih rendah dari pendengaran dan pembacaan malah pendapat ini adalah pendapat imam-imam yang terkemuka.

5- Penulisan:

Penulisan ialah seorang Syeikh menulis apa yang didengarinya, menulis beberapa Hadisnya kepada orang yang hadir bersamanya atau kepada orang yang tidak hadir bersamanya. Penulisan ini boleh dilakukan samada beliau sendiri yang menulisnya atau ditulis daripadanya dengan perintahnya.
Penulisan terbahagi kepada dua bentuk: Disertai dengan Ijazah dan ini adalah bentuk yang sah dan kuat seperti Munawalah dengan Ijazah. Bentuk yang kedua pula ialah tulisan yang tidak disertai dengan Ijazah. Satu golongan telah menegah daripada meriwayatkan Hadis dengan cara begini seperti Al-Qadi Abu Al-Hasan Al-Mawardi As-Syafie malah ramai juga ulama-ulama terdahulu dan terkemudian yang mengharuskannya seperti Mansur dan Lais bin Saad. Penulisan ini memadai dengan mengetahui tulisan penulis dan sesetengah mereka telah mensyaratkan tulisan yang terang, ini adalah pendapat yang lemah.

6- I'lam:

I'lam ialah Syeikh memberitahu kepada muridnya bahawa Hadis atau kitab ini didengari daripada Polan tetapi dia tidak mengizinkan untuk meriwayatkan daripadanya. Ramai dari kalangan ahli Hadis, ahli Feqah dan Ulama Usul telah mengharuskan riwayat dengan cara ini seperti Ibnu Juraij dan Ibnu Sibagh. Pendapat yang sahihnya tidak harus meriwayatkannya tetapi wajib beramal dengannya sekiranya sanadnya sah. Pendapat ini telah diputuskan oleh Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Al-Mustasfa

7- Wasiat:

Wasiat ialah seorang Syeikh mewasiatkan dengan menulis riwayatnya ketika hampir meninggal dunia atau sebelum musafir kepada seseorang. Ulama salaf (sahabat) r.a telah mengharuskan kepada orang yang diberi wasiat supaya meriwayatkan wasiat tersebut kerana pada pendapatnya ia merupakan suatu keizinan. Ada sesetengah pendapat yang menegah dari meriwayat dengan cara begini. Walau bagaimanapun pendapat yang betul ialah diharuskan kerana kedudukan wasiat lebih tinggi daripada kedudukan Al-Wijaadah tanpa ada perselisihan pendapat malah ianya telah diamalkan oleh Imam As-Syafie serta imam-imam yang lain dan inilah cara yang paling utama.

8- Al-Wijadah:

Al-Wijadah adalah kata terbitan dari perkataan (وجد) iaitu kata terbitan yang tidak pernah didengari daripada orang-orang Arab. Al-Wijadah ialah perawi mendapatkan Hadis-hadis dari tulisan Syeikh yang dikenalinya tetapi dia tidak mendengarnya dari Syeikh dan tidak mendapat keizinan dari Syeikh untuk meriwayatkan Hadis darinya.
Mengikut riwayat yang diambil dari sebahagian besar ulama-ulama Hadis Mazhab Maliki dan selain dari mereka bahawa hukum beramal dengan Al-Wijadah  adalah tidak harus. Manakala Imam As-Syafie dan pengikutnya pula mengharuskan beramal dengannya dan telah diputuskan oleh sesetengah pengkaji dari kalangan As-Syafie bahawa wajib beramal dengannya apabila didapati ianya boleh dipercayai.


2.         PENGERTIAN UMUM

a. Pengertian Hadits


Pengertiannya pada bahasa ialah:
Berita dan perkara baru, pengertian ini terdapat pada firman Allah:
( هل أتاك حديث موسى )
yang membawa pengertian berita Nabi Musa a.s dan firman Allah:
( ما يأتيهم من ذكر من ربهم مُحْدَث إلا استمعوه وهم يلعبون )
pula membawa pengertian perkara baru, kadang-kadang terdapat juga pada ayat-ayat Al-Quran yang menggunakan lafaz (الحديث) bertepatan dengan pengertian yang dikehendaki oleh Al-Quran seperti firman Allah:
( فلعلك باخع نفسك على آثارهم إن لم يؤمنوا بهذا الحديث أسفًا ).

Pengertiannya dari sudut istilah ialah:
Perkara yang di sandarkan kepada Nabi s.a.w samada dari kata-kata, perbuatan, pengakuan, sifat akhlak, sifat semulajadi atau penghakiman sehinggalah kepada semua gerak geri Rasulullah s.a.w jaga dan tidur.

b. Pengertian Sunnah


Pengertiannya dari sudut bahasa ialah:
Jalan atau sirah samada baik atau pun buruk
Pengertiannya dari sudut istilah ialah:
Di sisi Jumhur seerti dengan Hadis dan penggunaan lafaz Sunnah adalah berlawanan dengan lafaz Bid'ah. Imam As-Syaatibi berkata: (Seseorang itu akan dikatakan mengikuti Sunnah apabila dia melakukan amalan yang bertepatan dengan amalan Nabi s.a.w dan seseorang itu akan dikatakan melakukan Bid'ah apabila dia melakukan amalan yang bercanggah dengan amalan Nabi s.a.w). Sunnah juga merangkumi amalan yang dilakukan oleh para sahabat r.a dan kita tidak boleh memberi pendapat samada ianya terdapat di dalam Al-Quran dan Hadis ataupun tidak kerana amalan mereka sentiasa mengikuti Sunnah Rasulullah s.a.w. Begitu juga kita tidak boleh memberi pendapat walaupun Sunnah tersebut tidak sampai kepada kita, walaupun ianya merupakan ijtihad yang sepakat dari kalangan mereka atau dari kalangan taabi'een selepas daripada mereka.
Imam Asy-Syaatibi berkata: Bukti amalan para sahabat juga termasuk di dalam sunnah Rasulullah s.a.w adalah berdasarkan kepada sabda baginda: (Kamu hendaklah mengikuti sunnahku dan Sunnah Khulafa' Ar-Rasyidin Al-Mahdiyyin).

c. Pengertian Khabar


Pengertiannya pada bahasa:
An-Naba' iaitu sesuatu yang besar. Jamaknya kata jumlahnya ialah akhbar.
Pengertiannya pada istilah:
Setiap yang dipindahkan daripada Nabi s.a.w atau selainnya seperti para sahabat, para taabi'een dan orang-orang selepas mereka.
Oleh yang demikian ramai ulama berpendapat bahawa khabar mempunyai pengertian yang sama dengan Hadis, manakala sesetengah ulama pula mengasingkan pengertian antara Khabar dan Hadis. Mereka mengkhususkan khabar pada perkara yang datang selain daripada Rasulullah s.a.w. Oleh sebab itulah orang yang mengkaji, menghafal serta menceritakan tentang sunnah dinamakan ahli Hadis dan orang yang menceritakan tentang sejarah atau sebagainya dinamakan pencerita.

d. Pengertian Atsar


Pengertiannya pada bahasa:
Lebihan dari sesuatu.
Pengertiannya pada istilah:
Athar ialah berita yang diambil daripada sahabat atau taabi'een.
Para ulama berpendapat bahawa athar mempunyai pengertian yang sama dengan Khabar, Sunnah dan Hadis. Mereka menggunakan Hadis Marfuk kepada Nabi s.a.w manakala Hadis Mauquf kepada para sahabat. Imam Nawawi berkata: (Ahli-ahli Hadis menamakan Hadis marfuk dan Hadis Mauquf dengan Athar).



3.         KANDUNGAN HADITS


a. Sanad


Pengertiannya pada bahasa:
Al-Mu'tamad. Sebab dinamakan dengan Al-Mu'tamad ialah kerana Hadis disanadkan kepadanya dan berpegang dengannya.
Pengertiannya pada istilah:
Sanad ialah rangkaian perawi untuk sampai kepada matan Hadis.

b. Matan


Pengertiannya pada bahasa:
Diambil dari kalimah (المماتنة) yang bermaksud jauh dari matlamat kerana matlamat ialah sanad ataupun dari kalimah (متنت الكبش) maksudnya apabila disiat kulitnya maka menjadi putih dan dikeluarkan seolah-olah Musnad mengeluarkan matan dengan sanadnya atau diambil dari kalimah (المتن) iaitu tanah yang tinggi kerana Musnad yang dikuatkan dengan sanad dan diangkat kepada orang yang meriwayatkannya, atau diambil dari kalimah (تمتين القوس) iaitu menguatkannya kerana Musnad menguatkan Hadis dengan sanadnya.
Pengertiannya dari sudut istilah:
Iaitu apa yang berakhir kepadanya sanad dari perkataan tanpa diambil kira sama ada daripada Nabi s.a.w ataupun daripada orang lain.
Contohnya:
Diriwayatkan daripada Imam Muslim di dalam sahihnya, katanya: Diceritakan kepada kami oleh Abu Bakar bin Abi Syaibah diceritakan kepada kami oleh Abu Usamah daripada Hisyam daripada Muhammad bin Sirin daripada Abu Hurairah daripada nabi s.a.w bersabda: (Seorang lelaki tidak boleh meminang tunang saudaranya dan jangan menawar belian yang sedang ditawar oleh saudaranya dan jangan mengahwini perempuan dengan bapa saudaranya dan dengan datuknya dan jangan di kalangan perempuan meminta perceraian saudaranya untuk dia mengahwininya, sesungguhnya semua itu telah ditetapkan oleh Allah baginya) Mereka ini ialah perawai-perawi yang telah meriwayatkan satu Hadis daripada orang lain, dan daripada Nabi s.a.w mereka ini dikenali sebagai perawi Hadis. Adapun rantaian sambungan itu dinamakan: Sanad, kadang-kadang disebut juga: Isnad. Adapun yang berakhir sanad kepadanya dari kata-kata, perbuatan, pengakuan atau sifat Nabi s.a.w maka ia dinamakan matan iaitu pada Hadis tersebut, lafaz-lafaz itulah yang keluar daripada daripada Nabi s.a.w.


c. Taraf

Pengertiannya dari sudut bahasa:
Taraf ialah satu kumpulan atau satu bahagian daripada sesuatu.
Pengertiannya dari sudut istilah:
Iaitu satu jumlah yang boleh memberi faedah dari matan Hadis yang menunjukkan kepada kata-kata Nabi s.a.w, perbuatan, pengakuan atau dari sifat-sifatnya. Taraf bermula dari awal matan, ataupun sebahagian daripadanya yang menunjukkan kepada kata-kata, perbuatan atau pengakuan dan ianya boleh membezakan di antara matan-matan Hadis.

Cara Pengambilan

Dimaksudkan dengan cara-cara pengambilan ialah jalan pengambilan Hadis oleh perawi dan pengambilan secara berguru dari syeikhnya.
Terdapat beberapa bentuk pengambilan dan pemindahan Hadis. Sebelum ianya dijelaskan secara terperinci, di sini terdapat beberapa perkara penting yang perlu diketahui:
Pertama:
Sah pengambilan Hadis walaupun tidak mengetahui masalah Hadis malah boleh diterima riwayat dari orang yang mengambil Hadis sebelum Islam dan meriwayatkannya setelah memeluk Islam. Begitu juga riwayat dari orang yang mendengarnya sebelum baligh dan meriwayatkannya selepas baligh. Manakala kaum kedua pula berpendapat sebaliknya tetapi pendapat mereka adalah silap kerana orang ramai telah menerima riwayat-riwayat Hadis daripada para sahabat seperti: Hasan, Husain, Ibnu Abbas, Abdullah bin Az-Zubair, Nu'man bin Basyir dan selain daripada mereka tanpa membezakan apa yang mereka riwayatkan samada sebelum baligh atau selepasnya. Sebagai contoh Hadis Jabir bin Mut'am yang disepakati kesahihannya telah diambil semasa beliau masih dalam keadaan kufur: Sesungguhnya beliau mendengar Nabi s.a.w membaca surah At-Thur semasa sembahyang Maghrib, beliau datang untuk menebus tawanan peperangan Badar sebelum beliau memeluk Islam, manakala di dalam riwayat Imam Bukhari pula: ( ... itulah kali pertama kebesaran Islam lahir di dalam hatiku).

Kedua:
Sah pendengaran kanak-kanak apabila dia berakal dan kuat daya ingatan. Sesungguhnya Imam Ahmad bin Hambal ditanya: Bilakah diharuskan pendengaran kanak-kanak؟ Beliau menjawab: Apabila dia berakal dan daya ingatannya kuat. Seorang lelaki berkata kepadanya: Tidak harus pendengarannya (kanak-kanak) sehinggalah dia berumur lima belas tahun tetapi Imam Ahmad bin Hambal mengingkarinya dan berkata: Itu kata-kata yang tidak elok!. Qadi Iyadh telah menceritakan bahawa penduduk As-San'ah telah menentukan bahawa umur yang disahkan pendengaran bagi kanak-kanak adalah bermula ketika kanak-kanak tersebut berumur lima tahun. Ini adalah pendapat sebahagian besar ulama. Hujah mereka adalah berdasarkan kepada Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan selain daripadanya iaitu Hadis Mahmud bin Ar-Rabi' r.a dimana katanya: Aku ingat Nabi s.a.w telah menyimbah air ke wajahku dengan sebuah timba yang ketika itu aku berumur lima tahun. Dalam masalah ini Imam Bukhari mengkhususkan satu bab di dalam kitabnya: Bilakah disahkan pendengaran kanak-kanak؟
Ibnu Solah berkata: Cara yang paling betul untuk memastikan mumayyiz ialah berdasarkan kepada kemampuan seorang kanak-kanak memahami persoalan dan dapat memberi jawapan dengan baik. Itu adalah tanda dia telah mumayyiz dan sah pendengarannya walaupun umurnya tidak sampai lima tahun.
Terdapat lapan cara meriwayatkan Hadis:

1 - Mendengar:

Mendengar Hadis dari lafaz Syeikh. Bahagian ini adalah bahagian yang teratas dan bentuk riwayat yang tertinggi di sisi sebahagian besar Ulama. Mendengar terbahagi kepada menulis dan meriwayatkan Hadis tanpa menulis samada dari hafalan atau atau tulisannya. Sementara itu menulis merupakan cara yang terbaik dari cara-cara yang lain walaupun kedua-duanya mempunyai nilai yang sama pada martabat (kedudukan) asalnya.

2 - Pembacaan:

Pembacaan bermaksud membaca Hadis di hadapan Syeikh. Kebanyakan ahli Hadis menamakannya sebagai pembentangan bacaan daripada pembaca di hadapan Syeikh sebagaimana pembentangan Al-Quran bagi Qari tetapi Syeikhul Islam Ibnu Hajar telah berkata di dalam Syarah Al-Bukhari: Di antara pembacaan dan pembentangan terdapat masalah umum dan khusus. Pembacaan lebih umum dari pembentangan. Pembacaan dikira berdasarkan samada anda sendiri yang membaca di hadapan Syeikh atau orang lain yang membaca di hadapannya dan anda mendengarnya. Pembacaan juga dikira walaupun melalui kitab, hafalan, Syeikh yang menghafaz apa yang dibaca di hadapannya atau tidak menghafaznya tetapi menjaga asal usulnya serta mempercayai perawi selainnya. Oleh yang demikian tidak ragu-ragu lagi bahawa ianya merupakan riwayat yang sahih selagi apa yang diceritakan itu tidak terdapat perselisihan yang amat ketara.

3 - Ijazah:

Ijazah merupakan keizinan meriwayatkan Hadis samada sebutan atau penulisan. Walau bagaimanapun ulama-ulama Hadis berselisih pendapat tentang martabatnya berbanding dengan martabat (kedudukan) sebelumnya. Pendapat yang paling tepat dalam masalah ini ialah Ijazah bukanlah berbentuk pembacaan di hadapan Syeikh dan mendengar daripadanya.

Tujuh Cara Ijazah Adalah Seperti Berikut:

1- Syeikh menentukan seseorang yang hendak diijazahkan seperti seorang Syeikh berkata kepada muridnya: Aku Ijazahkan kepada awak kitabku ini. Para Ulama berselisihan pendapat tentang hukum meriwayat dan beramal dengannya. Sebahagian besar Ulama telah memberi pendapat bahawa harus meriwayat dan beramal dengannya walaupun terdapat segolongan ahli Hadis yang membatalkannya seperti Syu'bah yang berkata: Sekiranya di haruskan Ijazah nescaya terbatallah perjalanan menuntut Hadis. Riwayat ini adalah merupakan salah satu daripada dua riwayat Imam As-Syafie.

2- Syeikh tidak menentukan orang yang hendak diijazahkan, contohnya Syeikh berkata: Aku Ijazahkan kepada kamu apa yang kamu dengar daripadaku. Perselisihan pendapat tentang mengharuskan riwayat di sini lebih kuat daripada sebelumnya.

3- Syeikh tidak menentukan seseorang untuk diijazahkan sebaliknya menggunakan lafaz umum seperti Syeikh berkata: Aku Ijazahkan kepada semua umat Islam atau orang yang sezaman denganku. Perselisihan pendapat pada hukum ini lebih teruk lagi.

4- Memberi Ijazah kepada orang yang tidak dikenali atau dengan cara yang tidak diketahui dan memberi Ijazah pada akhir percakapannya yang bergantung kepada syarat seperti dia berkata: Aku Ijazahkan kepada Muhammad bin Khalid sedangkan pada masa tersebut ramai yang mempunyai nama tersebut tanpa menentukan salah seorang dari mereka atau dia berkata: Aku Ijazahkan kepada Polan untuk meriwayatkan daripada aku kitab sunan sedangkan dia meriwayatkan banyak kitab-kitab sunan tanpa menentukannya. Apabila dia berkata (aku Ijazahkan kepada sesiapa yang mahu) ini adalah perkara yang tidak diketahui dan bergantung kepada syarat maka pada zahirnya ia adalah tidak sah.

5- Memberi Ijazah kepada orang yang belum dilahirkan dengan berkata: Aku Ijazahkan kepada anak yang akan dilahirkan oleh si-Polan. Ijazah ini terbahagi kepada dua bentuk: Pertamanya ialah mengaitkan anak yang bakal dilahirkan sebagai ada dan bentuk ini adalah lebih diharuskan untuk memberi Ijazah berdasarkan kiasan kepada waqaf iaitu hadir di hadapan pemberi ijazah.

6- Memberi Ijazah kepada anak yang tidak dikandungkan seperti dia mengijazahkan kepada orang yang tidak pernah mendengarnya supaya meriwayatkan kembali apa yang diijazahkan kepada orang lain. Sebetulnya cara ini adalah dilarang.

7- Pemberi Ijazah memberi Ijazah dengan berkata: Aku Ijazahkan kepada kamu ijazah-ijazahku tetapi cara ini tidak dipersetujui oleh orang-orang yang tidak mengambil berat masalah ini. Apa yang pentingnya ialah orang yang beramal dengan ijazah yang diberikan kepadanya walau dalam apa jua cara sekalipun.

4- Munawalah Yaitu Penyerahan:

Muwalah ialah pemberian riwayat asal yang didengari oleh Syeikh kepada muridnya melalui bahagian-bahagian yang menyamai dengan kitabnya dan dia berkata: Ini adalah riwayatku dari Polan, oleh itu riwayatkanlah pula daripadaku.
Cara ini adalah sahih malah ia juga merupakan cara asal sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Imam Bukhari dalam bab Ilmu:
(Bahawa Rasulullah s.a.w telah menulis satu risalah kepada ketua tentera lalu bersabda: Kamu jangan membacanya sehingga tiba pada tempat tertentu. Apabila tiba pada tempat yang dimaksudkan, beliau membacanya kepada orang ramai serta memberitahu kepada mereka tentang perintah Nabi s.a.w). Munawalah terbahagi kepada dua bahagian:
Disertai dengan Ijazah dan tidak disertai dengan Ijazah. Bahagian yang disertai dengan Ijazah ialah peringkat Ijazah yang tertinggi manakala bahagian yang tidak disertai dengan Ijazah seperti terus menyerahkannya adalah terbatas kepada: Ini adalah yang didengar. Sebenarnya tidak harus meriwayatkan dengan cara begini. Pendapat yang sahih bahawa kedudukan Munawalah adalah lebih rendah dari pendengaran dan pembacaan malah pendapat ini adalah pendapat imam-imam yang terkemuka.

5- Penulisan:

Penulisan ialah seorang Syeikh menulis apa yang didengarinya, menulis beberapa Hadisnya kepada orang yang hadir bersamanya atau kepada orang yang tidak hadir bersamanya. Penulisan ini boleh dilakukan samada beliau sendiri yang menulisnya atau ditulis daripadanya dengan perintahnya.
Penulisan terbahagi kepada dua bentuk: Disertai dengan Ijazah dan ini adalah bentuk yang sah dan kuat seperti Munawalah dengan Ijazah. Bentuk yang kedua pula ialah tulisan yang tidak disertai dengan Ijazah. Satu golongan telah menegah daripada meriwayatkan Hadis dengan cara begini seperti Al-Qadi Abu Al-Hasan Al-Mawardi As-Syafie malah ramai juga ulama-ulama terdahulu dan terkemudian yang mengharuskannya seperti Mansur dan Lais bin Saad. Penulisan ini memadai dengan mengetahui tulisan penulis dan sesetengah mereka telah mensyaratkan tulisan yang terang, ini adalah pendapat yang lemah.

6- I'lam:

I'lam ialah Syeikh memberitahu kepada muridnya bahawa Hadis atau kitab ini didengari daripada Polan tetapi dia tidak mengizinkan untuk meriwayatkan daripadanya. Ramai dari kalangan ahli Hadis, ahli Feqah dan Ulama Usul telah mengharuskan riwayat dengan cara ini seperti Ibnu Juraij dan Ibnu Sibagh. Pendapat yang sahihnya tidak harus meriwayatkannya tetapi wajib beramal dengannya sekiranya sanadnya sah. Pendapat ini telah diputuskan oleh Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Al-Mustasfa

7- Wasiat:

Wasiat ialah seorang Syeikh mewasiatkan dengan menulis riwayatnya ketika hampir meninggal dunia atau sebelum musafir kepada seseorang. Ulama salaf (sahabat) r.a telah mengharuskan kepada orang yang diberi wasiat supaya meriwayatkan wasiat tersebut kerana pada pendapatnya ia merupakan suatu keizinan. Ada sesetengah pendapat yang menegah dari meriwayat dengan cara begini. Walau bagaimanapun pendapat yang betul ialah diharuskan kerana kedudukan wasiat lebih tinggi daripada kedudukan Al-Wijaadah tanpa ada perselisihan pendapat malah ianya telah diamalkan oleh Imam As-Syafie serta imam-imam yang lain dan inilah cara yang paling utama.

8- Al-Wijadah:

Al-Wijadah adalah kata terbitan dari perkataan (وجد) iaitu kata terbitan yang tidak pernah didengari daripada orang-orang Arab. Al-Wijadah ialah perawi mendapatkan Hadis-hadis dari tulisan Syeikh yang dikenalinya tetapi dia tidak mendengarnya dari Syeikh dan tidak mendapat keizinan dari Syeikh untuk meriwayatkan Hadis darinya.
Mengikut riwayat yang diambil dari sebahagian besar ulama-ulama Hadis Mazhab Maliki dan selain dari mereka bahawa hukum beramal dengan Al-Wijadah  adalah tidak harus. Manakala Imam As-Syafie dan pengikutnya pula mengharuskan beramal dengannya dan telah diputuskan oleh sesetengah pengkaji dari kalangan As-Syafie bahawa wajib beramal dengannya apabila didapati ianya boleh dipercayai.

Lafadh Penyampaian

Terdapat beberapa istilah yang digunakan untuk mengkhususkan sesetengah lafaz mengikut jalan-jalan pengambilan Hadis. Walau bagaimanapun sesetengah ulama Hadis seperti Imam Bukhari tidak mengikuti sighah (bentuk ayat) dan lafaz kerana kitab sahihnya dikarang sebelum ditentukan lafaz-lafaz pengambilan secara khusus.
Bentuk lafaz yang digunakan oleh Ahli Hadis untuk meriwayatkan Hadis dan faedahnya ialah:

1- Aku Telah Dengar (سمعت) :
Ianya satu ibarat yang paling tinggi dari ibarat lain dan ia jelas pada pendengaran. Jarang sekali seseorang menggunakan lafaz: (Aku telah dengar) pada Hadis-hadis yang diijazahkan serta yang ditulis dan tidak juga pada Hadis Tadlis yang tidak didengarinya.
2- Telah Menceritakan Kepada Kami dan Telah Menceritakan Kepada Aku (حدثنا وحدثنى) :
Lafaz-lafaz ini digunakan bagi pendengaran daripada lafaz Syeikh. Mengikut kedudukan lafaz, lafaz-lafaz ini berada selepas lafaz (Aku Dengar). Bagi Hadis yang diijazahkan, sebahagian pakar ilmu ini menggunakan lafaz: (Telah menceritakan kepada kami). Sebagai contoh Hadis yang diriwayatkan daripada Hasan katanya: Abu Hurairah r.a menceritakan kepada kami lalu ditakwilkan bahawa Hadis ini diceritakan oleh Abu Hurairah kepada penduduk Madinah kerana pada waktu itu Hasan tidak mendengar sesuatu pun daripada Abu Hurairah r.a sebagaimana yang dinyatakan oleh Al-Hafiz Abu Bakar bin Al-Khatib. Ibnu Solah berpendapat bahawa Hasan memang mendengar daripada Abu Hurairah r.a ataupun mungkin juga kata-katanya: (telah menceritakan kepada kami) adalah merupakan kesilapan perawi yang meriwayatkannya. Mengikut cerita yang diriwayatkan daripada kaum terdahulu dan selepasnya seperti Az-Zahari, Malik dan selain daripada keduanya bahawa mereka diijazah menggunakan lafaz (telah menceritakan kepada kami) pada riwayat-riwayat yang dilakukan secara penyerahan. Pendapat yang sahih dan terpilih dalam masalah ini ialah pendapat yang diamalkan oleh sebahagian besar Ulama, begitu juga pendapat yang dipilih oleh ahli Wara' tetap menegah dari meriwayat dengan cara begitu. Sekiranya ingin meriwayat secara pemindahan mereka mengkhususkannya dengan ibarat yang dirasakan ada hubungan pengikat dengan bentuk riwayat seperti menyebut: (Si Polan telah menceritakan kepada kami secara penyerahan) atau selainnya.
3- Telah Diberitahu Kepada Kami (أخبرنا) :
Lafaz ini banyak digunakan pada Hadis yang didengar daripada Syeikh sehingga sekumpulan ahli ilmu ini jarang sekali memberitahu apa yang mereka telah dengar daripada lafaz yang diceritakan kepada mereka kecuali mereka berkata: (Telah memberitahu kepada kami) di antara mereka ialah Hamaad bin Salamah, Abdul Razak bin Hammam, Yazid bin Harun dan selain daripada mereka. Muhammad bin Abi Al-Fawaaris berkata: Hasyim, Yazid bin Harun dan Abdul Razak tidak berkata melainkan: (Telah memberitahu kepada kami) sehinggakan apabila aku melihat (Telah menceritakan kepada kami) maka ianya dianggap sebagai kesilapan penulis. Ibnu Solah berkata: Semua perkara ini adalah sebelum lafaz (Telah memberitahu kepada kami) digunakan pada Hadis yang dibaca di hadapan Syeikh.

Sebenarnya terdapat beberapa pandangan mazhab ulama di dalam penggunaan lafaz (Telah memberitahu kepada kami) bagi bacaan di hadapan Syeikh: Sebahagian ahli Hadis menegahnya dan ada yang berkata bahawa pendapat ini adalah pendapat Ibnu Al-Mubarak, Yahya bin Yahya At-Tamimi, Ahmad bin Hanbal, An-Nasai'e dan lain-lain. Manakala sebahagian daripada mereka pula berpendapat diharuskan perkara tersebut dan ada yang berkata bahawa: Mazhab ini adalah mazhab sebahagian besar ulama Hijaz, Kufah serta kata-kata Az-Zahari, Malik dan Sufian bin Uyainah. Pendapat ini juga merupakan pendapat Imam Bukhari, Imam Hadis bagi Jemaah Ahli Hadis. Begitu juga pendapat ini merupakan pendapat Imam Syafie dan para sahabatnya yang dipindahkan daripada Imam Muslim pengarang kitab Muslim. Diceritakan daripada kaum yang terdahulu dan selepasnya seperti Az-Zahari dan Malik sesungguhnya mereka mengharuskan penggunaan (أخبرنا) pada riwayat secara penyerahan. Malik dan selain daripada keduanya. Manakala pendapat yang sahih dan terpilih dalam masalah ini ialah pendapat yang diamalkan oleh sebahagian besar Ulama, begitu juga pendapat yang dipilih oleh ahli Wara' tetap menegah dari meriwayat dengan cara begitu. Sekiranya ingin meriwayat secara pemindahan mereka mengkhususkannya dengan ibarat yang dirasakan ada hubungan pengikat dengan bentuk riwayat seperti menyebut: (Si polan memberitahu kepada kami secara penyerahan) atau selainnya.
4- Telah Disampaikan kepada kami أنبأنا atau نبأنا :
Cara ini adalah terlalu sedikit digunakan bagi Hadis yang didengar daripada Syeikh.
5-  Polan telah berkata kepada kami atau polan telah menyebut kepada kami:
Lafaz ini adalah sama seperti (حدثنا فلان) iaitu Polan telah menceritakan kepada kami tetapi tidak sama dengan apa yang didengarinya semasa menyebutnya. Lafaz ini adalah menyerupai dengan (حدثنا) . Lafaz ini dibawa melalui pendengaran apabila diketahui pertemuan dengannya dan pendengaran daripadanya itu adalah dengan jumlah yang ramai. Apabila diketahui keadaannya dia tidak berkata: (قال فلان) kecuali apa yang didengari daripadanya sebagaimana Hajjaj bin Muhammad Al-A'war telah meriwayatkan secara bertulis daripada Ibnu Juraij dan dia menyebut: (Ibnu Juraij berkata). Lalu orang ramai mengambil dan berhujah dengan riwayatnya, sesungguhnya dalam keadaan ini beliau hanya meriwayatkan apa yang didengarinya.
6- Aku membaca kepada Polan atau dibaca kepada Polan dan aku mendengarnya lalu beliau mengakuinya:
Ini adalah lebih baik dan lebih selamat apa yang digunakan dalam pembacaan terhadap Syeikh seperti (Diceritakan kepada kami apa yang dibacanya atau diberitakan kepada kami apa yang dibacanya).
7- Ditulis kepada Polan:
Lafaz ini digunakan dalam penerimaan Hadis secara penulisan. Oleh yang demikian Hadis ini boleh diamalkan bagi mereka malah dikira sebagai Musnad yang bersambung. Ianya menunjukkan bukti yang kuat tentang Ijazah seperti: (Diberitahu kepada aku secara penulisan atau tulisan).
8- Aku membaca atau aku dapati tulisan Polan daripada Polan:
Cara ini digunakan dalam penerimaan Hadis melalui cara Wijadah.
9- Polan dari Polan atau bahawa Polan:
Dua syarat pengambilan Hadis secara bersambung:
(a) Perawi tersebut tidak mudlis.
(b) Berlaku pertemuan sebagaimana syarat Imam Bukhari atau hidup sezaman sebagaimana syarat Imam Muslim.



4. NAMA-NAMA PERAWI


1 - Al-Muttafik Dan Al-Muftarik:

Pengenalannya dari sudut bahasa:
المتَّفِق adalah اسم فاعل dari الاتفاق iaitu bersepakat manakala المفترِق adalah اسم فاعل dari الافتراق iaitu berselisih.
Dari sudut istilah:
Terdapat persamaan dari sudut nama perawi, nama bapa, gelaran dan keturunan mereka dari sudut lafaz, tulisan serta berbeza perawinya.
Gambarannya:

Terdapat tujuh gambaran Al-Muttafik dan Al-Muftarik:

1- Persamaan dari sudut nama perawi dan nama bapa mereka seperti Khalil bin Ahmad. Ulama yang digelar dengan nama ini adalah seramai enam orang.
Pertama: Ulama Nahu yang terkenal iaitu Syeikh Sibawaih.
Kedua: Abu Basyar Al-Mazni Al-Basri.
Ketiga: Asbahani yang diriwayatkan daripada Ruh bin Ubadah.
Keempat: Abu Said As-Sajzi Al-Qadi Al-Hanafi.
Kelima: Abu Said Al-Basati yang Hadisnya diriwayatkan oleh Baihaqi.
Keenam: Abu Said Al-Basati Asy-Syafie yang membawa masuk ilmu ke Al-Andalus.
2- Persamaan dari sudut nama perawi, nama bapa dan datuk mereka atau lebih dari itu seperti Muhammad bin Yaakub bin Yusuf An-Naisaburi, kedua-duanya hidup dalam masa yang sama. Salah seorang daripadanya dikenali dengan nama Abi Al-Abbas Al-Asim dan yang keduanya dikenali dengan nama Abu Abdullah bin Al-Ahzam Asy-Syaibani Al-Hafiz.
3- Persamaan dari sudut gelaran perawi dan keturunan mereka seperti Abi Umran Al-Jauni. Peringkat ini terbahagi kepada dua bahagian:
Pertama: Abdul Malik bin Habib Al-Jauni dari kalangan taabi'ee.
Kedua: Musa bin Sahl bin Abdul Hamid Al-Basri dari kalangan orang yang terakhir.
4- Persamaan dari sudut nama perawi dan gelaran bapa mereka seperti Soleh bin Abi Soleh, mereka terdiri dari empat orang:
Pertama: Maula At-Tawaamah dimana nama bapanya ialah Nabhan.
Kedua: Perawi yang bapanya bernama Abu Soleh Zakuan As-Siman.
Ketiga: As-Sadusi yang diriwayatkan daripada Ali dan Aisyah manakala Hadisnya pula diriwayatkan oleh Khallad bin Umar.
Keempat: Maula Amru bin Harith dan bapanya bernama Mahran.
5- Persamaan dari sudut nama perawi dan nama bapa serta keturunan mereka seperti Muhammad bin Abdullah Al-Ansari, keduanya dalam peringkat yang berhampiran.
Pertama: Qadi yang masyhur iaitu Abu Abdullah yang Hadisnya diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari.
Kedua: Abu Salamah beliau adalah dhaif dan datuknya bernama Ziad.
6- Persamaan perawi dari sudut nama sahaja atau dari sudut gelarannya sahaja. Disebut di dalam sanad tanpa menyebut nama bapanya atau nisbah yang dapat membezakannya. Bahagian ini dikenali dengan (Al-Muhmal) seperti Hamad kerana tidak diketahui samada beliau anak Zaid ataupun anak Salamah bahkan beliau diketahui melalui perawi yang meriwayatkan Hadis daripadanya.
Oleh yang demikian apabila disebut dengan nama (Abdullah) akan terdapat kesamaran. Jika disebut dari madinah maka beliau adalah Ibnu Umar, apabila disebut dari Mekah maka beliau adalah Ibnu Az-Zubir, apabila disebut dari Kufah maka beliau adalah Ibnu Mas'ud, apabila disebut dari Basrah maka beliau adalah Ibnu Abbas dan apabila disebut dari Khurasan maka beliau adalah Ibnu Al-Mubarak.
7- Persamaan perawi yang dinisbahkan dari sudut lafaz dan tidak mempunyai persamaan dari sudut yang dinisbahkan kepadanya seperti nama gelaran Hanafi yang dinisbahkan kepada Bani Hanifah atau kabilah dan dinisbahkan juga kepada Mazhab Hanafi.
Faedahnya:
1- Supaya perawi yang mempunyai persamaan pada nama tidak disangka seorang diri sedangkan mereka terdiri dari kumpulan yang ramai.
2- Untuk membezakan perawi yang mempunyai persamaan pada nama samada salah seorang daripadanya boleh dan seorang lagi adalah dhaif.
Untuk membezakan persamaan dengan mana-mana bahagian yang telah lalu melalui perawi yang meriwayatkan daripadanya, melalui perawi yang asal atau melalui keterangannya melalui cara yang lain. Sekiranya tidak dinyatakan tentang persamaan perawi sedangkan Hadis yang diriwayatkan adalah riwayat bersama maka ini adalah satu masalah yang rumit untuk dirujuk oleh orang yang biasa membuat sangkaan, pengkaji Hadis atau pun orang biasa. Oleh yang demikianlah Al-Khatib Al-Baghdadi telah menyusun sebuah kitab iaitu (Al-Muttafik wal Muftarik).


2- Al-Mu'talaf dan Al-Mukhtalaf:

Pengenalannya dari sudut bahasa:
المؤتلف adalah اسم فاعل dari الائتلاف bererti الاجتماع iaitu berhimpun dan الاتفاق iaitu bersatu manakala المختلف pula ialah: اسم فاعل dari الاختلاف iaitu berbeza lawannya الاتفاق iaitu bersatu. Dari sudut istilah:
Terdapat persamaan ejaan pada nama perawi, gelaran, panggilan dan keturunan mereka tetapi berbeza pada sebutannya. Persamaan dan perbezaan terlalu banyak dan kebanyakannya tidak terjaga dan penjagaannya ialah melalui hafalan secara terperinci malah perkara ini telah dimasukkan di bawah penjagaan orang yang banyak menyebutnya:
1- Pada umumnya perkataan atau nama Salam semuanya ditasydidkan pada huruf (Lam) kecuali pada nama lima orang yang berikut iaitu: Ayah Abdullah bin Salam berasal dari keturunan Israil dan dia merupakan seorang sahabat, Muhammad bin Salam bin Al-Faraj Al-Bikindi yang merupakan guru kepada Imam Al-Bukhari, Salam bin Muhammad bin Nahid Al-Muqaddasi yang dinamakan oleh At-Tabrani sebagai nama Salamah, datuk kepada Muhammad bin Abdul Wahab bin Salam dari kalangan Mu'tazilah Al-Jabaiah dan Salam bin Abi Al-Haqiq.
2- Apa yang dikhususkan oleh Kitab Sahih Bukhari dan Kitab Sahih Muslim sahaja ataupun kedua-duanya bersama dengan Kitab Muata' seperti perkataan (Yasar) semuanya didatangkan dengan perkataan muthanna iaitu (duaan) kemudian Muhmalah iaitu dengan tidak bertitik kecuali pada nama Muhammad bin Basysyar dengan muwahhadah dan mu'jamah. Sebagai contoh perkataan (Bisyru) semuanya didatangkan dengan kasri Al-Muwahhadah dan iskan Al-mu'jamah kecuali pada empat tempat sahaja didatangkan dengan Dommi (baris hadapan) Al-Muwahhadah dan ahmal huruf (Sin). Mereka ialah Abdullah bin Busr dari kalangan sahabat, Busr bin Said, Busr bin Ubaidillah dan Busr bin Muhjan Ad-Dailami.

3 - Al-Mutasyaabih:

Pengenalannya pada bahasa:
المتشابه adalah اسم فاعل dari (التشابه) bererti التماثل kesamaran manakala maksudnya di sini ialah المُلْتَبِس ertinya Hadis yang kesamaran.
Dari sudut istilah:
Terdapat persamaan nama perawi tetapi berbeza pada nama bapa dalam bentuk lafaz dan tidak berlaku dalam bentuk tulisannya atau sebaliknya.
Gambarannya:

Ia mempunyai dua gambaran:
1- Persamaan pada nama perawi dan berbeza pada nama bapa seperti Musa bin Ali. Semuanya dilafazkan secara baris di atas pada huruf (Ain) kecuali Musa bin Ula bin Rabah yang dilafazkan dengan baris hadapan pada huruf (Ain) dan di antara mereka ada juga yang melafazkan secara baris di atas.

2- Tidak ada persamaan pada nama perawi tetapi mempunyai persamaan pada nama bapa. Sebagai contoh Suraij bin Nu'man yang dilafazkan dengan huruf (Sin) dan huruf (Jim). Datuknya bernama Marwan Al-Lu'luai Al-Baghdadi dimana Imam Bukhari telah meriwayatkan Hadis daripadanya. Begitu juga dengan perawi yang bernama Syuraih bin Nu'man yang dilafazkan dengan huruf (Syin) dan diakhiri dengan huruf (Ha'). Beliau adalah dari kalangan taabi'ee, beliau adalah termasuk dari kalangan Sunan Arba'ah Hadis Wahid yang diriwayatkan daripada Saidina Ali bin Abu Talib dimana kedua-duanya masih kecil.
Faedahnya:
Untuk menjaga nama-nama perawi, mengelakkannya daripada berlaku kesamaran dan ragu-ragu serta berlaku kesalahan.

4 - Al-Mubham:

Pengertiannya pada bahasa:
اسم مفعول dari الإبهام ertinya tidak jelas lawannya الإيضاح ertinya jelas.
Pengertiannya dari sudut istilah:
Perawi yang tidak menjelaskan namanya pada matan ataupun sanad, samada dari kalangan lelaki atau perempuan.

Bahagiannya:
Mubham terbahagi kepada empat bahagian iaitu:

1 - Mubham berlaku terhadap lelaki atau perempuan, pada dua orang lelaki atau dua orang perempuan atau terhadap beberapa orang lelaki dan beberapa orang wanita. Ini merupakan bahagian yang paling rumit dan bahagian Mubham yang paling kuat seperti Hadis Ibnu Abbas sesungguhnya seorang lelaki telah berkata: Wahai Rasulullah! Adakah Haji diwajibkan pada setiap tahun؟ Lelaki yang bertanya itu ialah Al-Aqra' bin Habis. Begitu juga dengan Hadis seorang perempuan yang bertanya tentang bersuci dari Haid, maka Rasulullah s.a.w menjawab kepadanya: (Ambillah secebis kain) beliau ialah Asma' binti Yazid bin As-Sakan manakala dalam riwayat Muslim pula beliau ialah Asma' binti Syakal.
2 - Berlakunya Mubham diantara anak lelaki dan anak perempuan atau pun berlaku Mubham diantara saudara lelaki dan saudara perempuan atau berlakunya Mubham di antara anak saudara dari pihak lelaki atau anak saudara dari pihak perempuan, seperti Hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Atiah dalam masalah mandi anak perempuan Nabi s.a.w dengan air dan bidara, beliau ialah Zainab r.a.
3 - Berlaku juga Mubham di antara bapa saudara dan ibu saudara dari pihak ayah, bapa saudara dan ibu saudara dari pihak ibu, berlakunya Mubham di antara ayah, ibu atau pun datuk, nenek dan sebagainya seperti Hadis yang diriwayatkan oleh Rafi' bin Khadij daripada bapa saudaranya tentang memberi dan menerima riwayat. Beliau ialah Zuhair bin Rafi' bin Zuhair bin Al-Haris. Begitu juga seperti ibu saudara Jabir yang telah menangisi kematian ayahnya ketika terbunuh dalam peperangan Uhud sebagaimana yang terdapat dalam Hadis Sahih. Beliau ialah Fatimah binti Amru bin Haram sebagaimana yang terdapat di dalam Musnad At-Tayalisi.
4 - Berlaku juga Mubham di antara suami atau isteri dan di antara hamba atau ibu bagi anak tuannya seperti Subai'ah Al-Aslamiah yang telah melahirkan anak beberapa malam selepas kematian suaminya sebagaimana yang terdapat di dalam Hadis Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Beliau ialah Saad bin Khaulah, di antaranya juga ialah isteri Abdul Rahman bin Az-Zubir dimana beliau adalah bekas isteri Rifa'ah Al-Qurzi yang telah diceraikannya. Namanya ialah: Tamimah binti Wahab secara baris di atas pada huruf (Ta') dan dikatakan juga namanya Tumimah dengan baris hadapan pada huruf (Ta') dan dikatakan juga namanya ialah Suhaimah.

Di antara Mubham yang tidak nyata sebutannya tetapi ianya boleh difahami dari bentuk percakapan sebagaimana kata-kata Imam Bukhari: (Muaz berkata: Duduklah bersama kami seketika untuk menambahkan iman) ada pun orang yang berkata kepadanya ialah Mutwi' beliau ialah Al-Aswad bin Hilal.
Mubham itu diketahui dengan riwayat yang disebutkan namanya pada sesetengah riwayat yang lain dan ini adalah satu perkara yang nyata dan ramai dari kalangan mereka telah diriwayatkan Hadis-hadisnya oleh pencari Hadis. Kadang-kadang mereka mengambil dan menjadikan dalil dengan riwayat daripada Hadis-hadis yang lain secara menisbahkan perawi yang Mubham di dalam riwayatnya. Al-Iraqi telah berkata: Dia mempunyai pandangan untuk mengharuskan apa yang berlaku itu dengan dua perkara.
Faedahnya:

1 - Supaya dapat mengetahui Mubham pada sanad Hadis untuk menghukumkan samada Hadis tersebut Sahih atau pun Dhaif.
2   - Supaya dapat mengetahui Mubham pada matan Hadis untuk mengetahui orang yang menceritakan Hadis, khususnya apabila terdapat pada Hadis yang menceritakan tentangnya.

5 - Al-Wuhdan:

Pengertiannya dari sudut bahasa:
Al-Wuhdan kata jamak dari perkataan wahid.
Pengertiannya dari sudut istilah:
Hanya seorang sahaja yang meriwayatkan Hadis daripada mereka.
Contohnya: Dari kalangan sahabat: Wahab bin Khimbash, Aamir bin Syahr, Urwah bin Madris Muhammad bin Saifi. Hadis daripada mereka ini hanya diriwayatkan oleh Asy-Sya'bi tetapi terdapat perselisihan pada Aamir, ada yang mengatakan bahawa: Ibnu Abbas telah meriwayatkan ceritanya yang memperkatakan tentang Saif bin Umar dalam peperangan Riddah iaitu (peperangan memerangi orang-orang yang murtad). Begitu juga terdapat perselisihan pada Urwah sebagaimana yang telah disebutkan oleh Al-Mazzi bahawa sepupunya yang bernama Hamid At-Taa'iy telah meriwayatkan Hadis daripadanya. Hanya Qais bin Abi Hazim seorang sahaja yang meriwayatkan Hadis daripada bapanya, daripada Dukain, daripada As-Sunabih bin Al-Aa'sar dan daripada Mirdas bin Malik Al-Aslamiy tetapi terdapat perselisihan padanya tentang periwayat daripada As-Sanabih sebagaimana Al-Iraqi telah berkata bahawa: Al-Haris bin Wahab juga telah meriwayatkan Hadis daripada As-Sanabih.
Di antara para sahabat yang Hadisnya hanya diriwayatkan oleh anaknya sahaja ialah: Musayyib bin Hazin Al-Qurasyiyyi bapa kepada Said, Muawiah bin Haidah bapa kepada Hakim, Qurah bin Iyas bapa kepada Muawiyah dan Abu Laila Al-Ansari bapa Abdul Rahman.
Manakala dari kalangan taabi'een pula ialah: Abu Al-Usyara'. Hadisnya hanya diriwayatkan oleh Hamad bin Salamah. Hadis daripada Naif pula hanya diriwayatkan oleh Az-Zuhuri dan hanya beliau seorang sahaja yang meriwayatkan Hadis daripada dua puluh orang Taabi'een yang lain. Di antara mereka sebagaimana yang disebutkan ialah Al-Hakim Muhammad bin Abi Sufian bin Harithah As-Saqafi dan Amru bin Abi Sufian bin Al-Ala' As-Saqafi.
Faedahnya:
Untuk mengetahui orang yang tidak dikenali apabila mereka bukan dari kalangan sahabat, maka riwayatnya tidak akan diterima.
Terdapat juga dua orang perawi yang meriwayatkan Hadis dari seseorang dimana jarak kematian di antara keduanya adalah terlalu jauh sebagai contoh Hadis daripada Muhammad bin Ishak As-Siraj telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Al-Khafaf. Jarak kematian di antara keduanya ialah selama seratus tiga puluh tujuh tahun atau lebih. Faedahnya ialah untuk mencapai kemanisan pada ketinggian isnad di dalam hati dan supaya tidak terdapat keraguan bahawa adanya sesuatu yang terjatuh daripada isnad.

6 - Al-Mufradat:

Al-Mufradat ialah: Hanya seorang perawi sahaja yang dikenali dengan nama, gelaran dan panggilan tertentu dimana tidak ada perawi dan ulama lain yang menggunakan nama, gelaran dan panggilan tersebut.
Bahagiannya:
1 - Tidak ada persamaan pada nama:
Contohnya dari kalangan sahabat ialah: Sahabat yang bernama Ajmadu anak kepada Ujyan yang didatangkan dengan huruf (Jim), Jubaib bin Al-Harith dan ada yang mengatakan terdapat kesalahan pada nama tersebut malah ada yang mengatakan bahawa namanya ialah Khubaib yang didatangkan dengan huruf (Kha'), Syakal bin Humaid Al-Ubbasi, Suda bin Ujlan Abu Umamah dan Sanabikh bin Al-Aa'sar.
Perawi yang bukan dari kalangan sahabat pula ialah: Ausat bin Amru Al-Bajali beliau adalah dari kalangan taabi'ee, Tadum bin Sabah Al-Kala'i, Jilan bin Farwah, Zar bin Hubaisy, Sua'ir bin Al-Khams dan Mustamir bin Ar-Rayan.
2 - Tidak ada persamaan pada panggilan:
Contohnya Abu Al-Ubaidain dimana namanya ialah Muawiah bin Sabrah dari sahabat Ibnu Mas'ud, beliau telah meriwayatkan dua atau tiga Hadis, Abu Al-Usyara' Ad-Darimi dimana nama beliau ialah Usamah bin Malik bin Qahtum dan Abu Mu'aid dimana nama beliau ialah Hafs bin Ghailan Al-Hamdani yang telah diriwayatkan daripada Makhul dan selain daripadanya.
3 - Tidak ada persamaan pada gelaran: Contohnya Safinah bekas hamba Nabi s.a.w. Hanya beliau sahaja yang digelarkan dengan gelaran tersebut dimana namanya ialah Mahran, begitu juga gelaran yang diberikan kepada Amru dengan nama Mindal bin Ali dan gelaran Suhnun atau Sahnun kepada Abdul Salam bin Sa'id  At-Tanukhi.
Faedahnya:
Ia merupakan satu seni yang elok yang terdapat pada akhir bab dan faedahnya juga ialah untuk mengelakkan daripada berlakunya kesalahan pada nama-nama berikut

7 - Di antara nama-nama, gelaran dan panggilan yang berbeza:

Apa yang dimaksudkan ialah: Seorang perawi yang disebut nama atau sifat yang berbeza daripada panggilan dan gelaran atau keturunan, samada dari kalangan perawi yang meriwayatkan Hadis daripadanya. Perawi-perawi tersebut telah diberitahu kesemua perkara yang berkaitan dengannya tetapi mereka tidak pula memberitahu kepada perawi yang lain atau pun daripada seorang perawi yang meriwayatkan Hadis daripadanya kadang-kadang memberitahu dengan nama ini kadang-kadang memberitahu dengan nama yang lain. Tindakan sebegini boleh menimbulkan kesamaran kepada orang yang tidak mengetahui daripadanya bahkan berlaku juga kesamaran dari kalangan orang alim dan kalangan Hafiz seperti: Muhammad bin As-Saib Al-Kalabi seorang yang alim dalam pentafsiran keturunan beliau juga salah seorang yang meriwayatkan Hadis Dhaif beliau ialah Abu An-Nadr yang telah meriwayatkan Hadis Tamim Ad-Dari dan Adi bin Bada' dalam kisah keduanya diturunkan Ayat ( يا أيها الذين آمنوا شهادة بينكم )Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman bersaksilah di antara kamu yang diriwayatkan daripadanya oleh Aazan dari Ibnu Abbas, Muhammad bin Sa'ib panggilannya ialah Abu An-Nadr dan Hamad dari Sa'ib yang meriwayatkan Hadis: ( ذكاة كل مسك دباغه ). yang diriwayatkan daripadanya daripada Ishak daripada Abdullah bin Al-Harith daripada Ibnu Abbas - Abu Usamah Hamad bin Usamah, yang dinamakannya dengan Hammada yang diambil daripada Muhammad, beliau ialah Abu Said dimana Atiah Al-Aufi At-Tafsir telah meriwayatkan Hadis daripadanya beliau dipanggil dengan nama yang demikian untuk menimbulkan keraguan kepada orang ramai bahawasanya beliau telah meriwayatkan Hadis daripada Abu Said Al-Khudri, beliau ialah Abu Hisyam dimana Hadis daripadanya telah diriwayatkan oleh Al-Qasim bin Al-Walid Al-Hamdani daripada Abi Soleh daripada Ibnu Abbas sebuah Hadis: ( لما نزلت قل هو القادر ) Al-Hadis, dipanggilkan dengan nama anaknya Hisyam iaitu Muhammad bin As-Saaib bin Basyar yang Hadisnya juga diriwayatkan oleh Ibnu Ishak
Faedahnya:
Ilmu ini sangat diperlukan untuk mengenal pasti Hadis Tadlis.

8 - Panggilan:

Pengertiannya:
Panggilan iaitu الكُنى : adalah kata jamak كنية Ianya adalah panggilan bagi ayah, ibu, anak lelaki atau perempuan, saudara lelaki atau perempuan, bapa saudara atau ibu saudara datuk atau nenek yang dikehendaki disini ialah mengetahui dan mengenal pasti nama-nama dan gelaran.
Bahagiannya:
Ia terbahagi kepada sembilan bahagian yang diperkenalkan oleh Ibnu Solah ialah:

1 - Mereka yang mempunyai nama yang sama dengan gelarannya dimana nama mereka adalah gelaran kepada mereka dan mereka juga tidak mempunyai nama yang lain di sini terdapat dua contoh:
Pertama: Orang yang mempunyai panggilan yang lain selain dari panggilan namanya seperti Abu Bakar bin Abdul Rahman bin Al-Harith bin Hisyam Al-Makhzumi namanya ialah Abu Bakar manakala panggilannya ialah Abu Abdul Rahman.
Kedua: Orang yang tidak ada panggilan yang lain selain dari namanya seperti Abi Bilal Al-Asyari yang meriwayatkan dari Syarik.
2 - Mereka yang hanya dikenali dengan panggilannya sahaja dan tidak dikenali dengan nama dan keadaan mereka adakah itu panggilan kepada mereka atau pun tidak, seperti Abi Muaihabah budak suruhan Rasulullah s.a.w.
3 - Mereka yang digelarkan dengan panggilannya dimana mereka mempunyai nama dan panggilan yang lain seperti Abi Turab dimana namanya ialah Ali bin Abu Talib, manakala panggilannya ialah Abu Al-Hasan, dimana Nabi s.a.w telah menggelarkannya ketika Baginda s.a.w berkata kepadanya: Bangunlah wahai Abu Turab, ketika itu beliau sedang tidur di atasnya iaitu di atas tanah.
4 - Orang yang mempunyai dua panggilan atau lebih seperti Abdul Malik bin Abdul Aziz bin Juraih beliau mempunyai dua panggilan iaitu Abu Al-Walid dan Abu Khalid.
5 - Orang yang mempunyai perbezaan pada panggilannya lebih daripada dua panggilan tanpa menyebut namanya seperti Usamah bin Zaid, dikatakan panggilan beliau ialah Abu Zaid, dan dikatakan juga: Abu Muhammad, juga ada yang mengatakan: Abu Abdullah dan dikatakan juga: Abu Kharijah.
6 - Orang yang dikenali melalui panggilannya tetapi berbeza pada namanya seperti Abu Basrah Al-Ghifari dimana nama beliau ialah: Humail dengan huruf (Ha') yang berbaris hadapan dan namanya juga ialah Bajil dengan huruf (Jim) yang berbaris atas.
7 - Orang yang berbeza pada nama dan berbeza juga pada panggilannya seperti Safinah budak suruhan Rasulullah s.a.w yang dikatakan namanya ialah Umair dan dikatakan juga namanya ialah Soleh, dan ada juga yang mengatakan namanya ialah Mahran, manakala panggilannya pula ialah Abu Abdul Rahman dan dikatakan juga panggilannya ialah Abu Al-Bakhtari.
8 - Orang yang dikenali melalui nama dan panggilannya dimana tidak ada perbezaan di antara keduanya seperti Abu Abdullah Malik bin Anas, Abu Abdullah Muhammad bin Idris Asy-Syafie dan Abu Hanifah An-Nu'man.
9 - Orang yang masyhur dengan panggilannya serta diketahui namanya seperti Abu Idris Al-Khaulani Aa'izillah bin Abdullah
Faedahnya:
Untuk mengetahui nama-nama yang mempunyai panggilan yang lain agar seorang rawi itu tidak dianggap dua orang di sana terdapat jenis lain yang bertentangan dengan jenis ini, apa yang dimaksudkan dengannya ialah mengetahui panggilan mereka yang masyhur dengan nama mereka dan menjadikannya satu bahagian dari bahagian-bahagiannya.

9 - Gelaran:

Pengertiannya:

الألقاب ialah perkataan jamak dari kalimah: لقب iaitu gelaran yang disifatkan kepada seseorang sama ada puji atau pun keji dan yang dimaksudkan dengannya ialah untuk mengetahui gelaran perawi supaya tidak disangkakan sebagai nama yang ramai dan supaya orang yang meletakkan namanya pada satu tempat manakala di tempat yang lain pula dimasukkan dengan gelarannya, dan ini tidaklah dianggap sebagai dua orang yang berlainan, sebagaimana yang telah disepakati oleh pengarang, dan ianya terbahagi kepada dua bahagian.
Pertama: Gelaran yang harus diperkenalkanya iaitu gelaran yang tidak ditegahkannya.
Kedua:
Gelaran yang tidak harus diperkenalkannya tetapi ia bukanlah gelaran yang ditegah dan disini adalah beberapa contoh yang terpilih di antaranya ialah kata-kata Al-Hafiz Abdul Ghani bin Said Al-Masri Dua orang lelaki yang mulia digelarkan dengan gelaran yang buruk:
Sesat: Gelaran kepada Muawiah bin Abdul Karim. Beliau tersesat di jalan Kota Mekah.
Lemah: Digelarkan kepada Abdullah bin Muhammad dimana beliau adalah seorang yang lemah tubuhnya. Dikatakan juga, beliau digelarkan dengan demikian kerana terlalu halus dan terperinci didalam penjagaan.
Rosak: Gelaran kepada Muhammad bin Al-Fadl Abu Nu'man dimana beliau tidak bersifat demikian.
Petir: Gelaran kepada Muhammad bin Abdul Rahim Abu Yahya, beliau digelarkan dengan demikian kerana terlalu perihatin  dalam penjagaannya.
Faedahnya:
Untuk membezakan antara gelaran dengan nama supaya tidak berlaku kesamaran dan tidak disangkakan bahawa kedua-duanya adalah dua nama.

10 -  Dinisbahkan kepada selain daripada ayah mereka:

Yang dimaksudkan dengannya ialah: Untuk mengetahui siapakah di kalangan perawi yang dinisbahkan kepada selain dari ayah mereka.
Bahagiannya:
Orang yang dinisbahkan kepada selain daripada ayah mereka terbahagi kepada empat bahagian:

1 - Orang yang dinisbahkan kepada ibu mereka seperti Muaz, Mauz dan Wauz (atau Auf anak-anak Ufara' binti Abid bin Tha'labah dimana bapanya ialah Al-Haris bin Rifaah bin Al-Harith dari bani An-Najjar, di antara mereka juga ialah Bilal bin Hamamah, tukang azan sahabat Rasulullah s.a.w) bapanya ialah Rabah, diantara mereka juga ialah Sahl, Suhail dan Safuan anak-anak Baida' bapanya ialah Wahab bin Rabi'ah bin Amru bin Amir Al-Qursyi Al-Fahri dan selain daripada mereka itu.
2 - Dinisbahkan kepada nenek-nenekd mereka seperti Yu'la bin Munyah, dimana beliau adalah dari kalangan sahabat yang masyhur dan Munyah ialah ibu kepada bapanya.
3 - Orang yang dinisbahkan kepada datuk mereka seperti Abi Ubaidah bin Al-Jarah, beliau ialah Amir bin Abdullah bin Al-Jarah, dan juga Majma' bin Jariah, dimana  beliau ialah Majma' bin Yazid bin Jariah.
4 - Orang yang dinisbahkan kepada selain daripada bapa mereka kerana sebab-sebab tertyentu, seperti Miqdad bin Amru bin Thaalabah Al-Kandi, yang dinamakan dengan Ibnu Aswad kerana beliau berada di Hajarul Aswad bin Abdu Yaghuth lalu dijadikan anak angkatnya.

Faedahnya:
Untuk menolak sangkaan terhadap berbilangnya Nasab perawi Hadis kepada bapa-bapa mereka.

4. PERAWI HADITS (PERINGKAT-PERINGKAT HADITS)


Faedah mengetahui peringkat perawi:

Mengetahui peringkat-peringkat perawi merupakan salah satu bahagian daripada Ilmu Rijal dan ianya mempunyai faedah yang besar, Ibnu Hajar berkata: Ia adalah (untuk menyelamatkan pemalsuan-pemalsuan, dan untuk membolehkan mengetahui setiap kesamaran yang berlaku bagi mengetahui hakikat yang sebenar, yang dikehendaki daripada riwayat An'anah.

Pengertian peringkat dari sudut bahasa:

Iaitu satu kaum yang mempunyai kesamaran.

Pengertiannya dari sudut istilah:
Iaitu satu jemaah yang mempunyai kesamaran pada umur (walaupun sedikit) pada masa menemui Syeikh.

Pembahagian peringkat-peringkat perawi:
Adapun pembahagian peringkat-peringkat perawi merupakan satu perkara iktibari ataupun istilahi sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnu Kasir.

  1. Shahabat

Sahabat dari sudut bahasa:
Ianya adalah مصدر bererti (الصحبة) darinya juga terdapat perkataan (الصحابي) dan (الصاحب) malah perkataan jamaknya iaitu dalam bentuk jumlah ialah أصحاب dan صحب .
Sahabat dari sudut istilah:
Iaitu mereka yang hidup pada zaman Rasulullah s.a.w dan bertemu dengannya, serta beragama Islam, pernah berada dalam majlisnya walaupun seketika dan mati dalam Agama Islam.

Peringkat-peringkat sahabat:
Mereka yang dikira sebagai sahabat, semuanya dalam satu peringkat yang sama dilihat dari persahabatan dengan Nabi s.a.w kemudian dilihat pula kepada Taabi'een dan orang yang selepas mereka dan semua ini menjadi bukti dengan sabda Nabi s.a.w: (Sebaik-baik kurun ialah kurunku kemudian mereka selepasnya, kemudian mereka yang selepas daripada mereka itu) baginda menyebut selepas dari kurunnya dengan dua kurun atau tiga kurun.
Ada juga di kalangan Ulama yang membahagikan sahabat kepada peringkat-peringkatnya mengikut siapa yang terdahulu memeluk Islam, penghijrahan mereka dan syahid mereka dalam peperangan yang utama seperti peperangan Badar dan perjanjian Radwan, dan selainnya dari sudut martabat dan darjat.
Ibnu Said pula telah membuat pembahagian tentang sahabat dalam kitabnya ( الطبقات الكبرى ) kepada lima peringkat: Dimulai dengan sahabat yang mengikuti peperangan Badar dari kalangan Muhajirin kemudiannya pula dari kalangan Ansar yang mengikuti peperangan Badar, kemudian mereka yang memeluk Islam dari kalangan Muhajirin dan dari kalangan Ansar yang tidak mengikuti peperangan Badar, kemudian mereka yang memeluk Islam sebelum pembukaan Kota Mekah dan seterusnya mereka yang memeluk Islam selepas pembukaan Kota Mekah.
Sesungguhnya Ibnu Said telah membuat pembahagian peringkat sahabat mengikut zaman dan tempat. Ibnu Kasir berkata: (Diantara kitab yang paling jelasa membicarakan kedudukan peringkat sahabat ialah kitab Muhammad bin Said pengarang Al-Waqidi. Ibnu Hajar berkata mengenainya: (Penulisannya adalah lebih menyeluruh dari apa yang pernah disusun).
Manakala Al-Hakim An-Naisaburi telah membuat pembahagian sahabat dalam kitabnya ( معرفة علوم الحديث ) kepada dua belas peringkat:

1- Kaum yang telah memeluk Islam di Mekah seperti Abu Bakar, Umar, Osman dan Ali.
2- Ashab Darul An-Nadwah.
3- Mereka yang berhijrah ke Habsyah.
4- Mereka yang menyertai perjanjian Aqabah yang pertama.
5- Mereka yang menyertai perjanjian Aqabah yang kedua.
6- Orang yang pertama dari kalangan Muhajirin yang sampai kepada Rasulullah s.a.w di Quba' sebelum mereka memasuki Kota Madinah.
7- Mereka yang mengikuti peperangan Badar.
8- Mereka yang berhijrah di antara peperangan Badar dan Hudaibiyah.
9- Mereka yang menyertai perjanjian Radwan.
10- Orang yang berhijrah di antara perjanjian Hudaibiah dan pembukaan Kota Mekah.
11- Orang yang memeluk Islam semasa Pembukaan Kota Mekah.
12- Bayi dan kanak-kanak yang pernah melihat Rasulullah s.a.w pada hari pembukaan Kota Mekah, semasa Haji Wida' dan selainnya.

Mengenali sahabat merupakan perkara asas untuk mengetahui Mursal dan Musnad. Al-Hakim menerangkan kepentingan mengetahui sahabat: (Sesiapa yang mengetahui sahabat maka dia adalah seorang Hafiz yang sempurna, sesungguhnya aku telah melihat sekumpulan dari guru-guruku meriwayatkan Hadis Mursal daripada taabi'ee daripada Rasulullah s.a.w dan menyangkanya sebagai sahabat, boleh jadi mereka meriwayatkan Musnad daripada sahabat dan menyangkanya sebagai Tabi'ee).

Kedudukan sahabat semuanya adil, sempena dengan pujian Allah ke atas mereka di dalam Al-Quran dan pujian Rasulullah s.a.w kepada mereka. Firman Allah s.w.t mengenai sifat orang-orang Muhajirin dan Ansar yang bermaksud: (Pemberian itu hendaklah diberikan kepada orang-orang fakir yang berhijrah dan diusir dari kampung halaman dengan meninggalkan harta benda mereka untuk mencari limpah kurnia serta keredaan daripada Allah, dan merekalah yang telah menolong agama Allah serta Rasulnya, itulah orang-orang yang benar * Dan orang-orang Ansar yang tinggal di Madinah serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka). sahabat yang meriwayatkan Hadis daripada Rasulullah s.a.w tidaklah sama, malah terdapat di antara mereka yang sedikit meriwayatkan Hadis dan ada di antara mereka yang banyak meriwayatkan Hadis. Di antara sahabat yang banyak meriwayatkan Hadis daripada Rasulullah s.a.w ialah Abu Hurairah, Aisyah binti Abu bakar Ummul Mukminin, Anas bin Malik, Abdullah bin Umar, Jabir bin Abdullah Al-Ansari, Abu Said Al-Khudri, Abdullah bin Mas'ud dan Abdullah bin Amru bin Al-As.

Di antara penulisan sahabat yang termasyhur ialah:

1- (الاستيعاب في أسماء الأصحاب) oleh Ibnu Abdul Al-Barri.
2- (أسد الغابة في معرفة الصحابة) oleh Ibnu Asir Al-Juzri.
3- (الإصابة في تمييز الصحابة) oleh Ibnu Hajar Al-Asqalani.
4- (الطبقات الكبرى) oleh Ibnu Said.


  1. Tabi`iin

Taabi'ee pada bahasa:

Nama terbitan (اسم فاعل) daripada perkataan (تبعه) tabi'ahu yang bererti berjalan di belakangnya manakala jamaknya (kata jamak) pula ialah At-Taabi'uun (التابعون) atau At-Taabi'iyyun (التابعيون) .

Dari sudut istilah:

Orang yang sempat hidup bersama para sahabat. Ini adalah pendapat Al-Khatib Al-Hafiz. Penggunaan lafaz taabi'ee dikhaskan kepada (التابع بإحسان) pengikut perkara-perkara yang baik. Mengikut pendapat Al-Hakim dan juga selain daripadanya bahawa lafaz At-Taabi'ee memadai diistilahkan bagi orang yang mendengar Hadis daripada sahabat atau menemuinya walaupun tidak biasa bersahabat (tidak begitu akrab) atas dasar berjumpa dan melihat, malah istilah ini lebih hampir kepada istilah sahabat mengikut maksud yang terdapat di dalam dua perkataan tersebut.

Peringkat-peringkat taabi'een:

Sebagaimana orang ramai berselisih pendapat pada peringkat-peringkat sahabat mereka juga berselisih pendapat tentang peringkat-peringkat taabi'een malah ada yang berpendapat mereka adalah satu peringkat yang sama.
Al-Hakim mengkategorikan mereka di dalam kitabnya kepada lima belas peringkat.
Peringkat yang teratas di kalangan mereka: Peringkat pertama: Orang-orang yang termasuk dari kalangan sepuluh orang pertama seperti Qais bin Abu Hazim dan Abu Othman An-Nahdi. Peringkat yang berada di bawah peringkat ini ialah peringkat taabi'een yang dilahirkan semasa Nabi s.a.w masih hidup dan dari kalangan anak-anak sahabat. Al-Hakim mengkatogerikan mereka daripada golongan taabi'een manakala sesetengah yang lain mengkategorikan mereka sebagai sahabat Kecil kerana mereka sempat melihat Nabi s.a.w seperti Abdullah bin Abu Talhah, Abu Amamah As'ad bin Sahl bin Hanif, dan Abu Idris Al-Khulani.

Peringkat kedua: Golongan Al-Mukhadramun dari kalangan taabi'een.

Golongan Al-Mukhadramun ialah orang yang sempat hidup pada zaman Jahiliah dan pada zaman Rasulullah s.a.w serta memeluk Islam tetapi bukan golongan sahabat. Al-Khadramah: Ialah terputus iaitu seolah-olah mereka telah diputuskan pandangan mereka daripada sahabat. Muslim mengira jumlah mereka seramai lebih kurang dua puluh orang. Antara mereka: Abu Amru As-Syaibaani, Suwaid bin Ghafalah, Amru bin Maimun, Abu Othman An-Nahdi, Abu Al-Halal Al-Ataki dan Abdul Khair bin Yazid Al-Khaiwaani. Ibnu Solah berkata: Antara mereka yang tidak disebut oleh Muslim ialah Abu Muslim Al-Khaulaani dan Abdullah bin Thaub. Sesetengah daripada mereka menambah: Abdullah bin Akim dan Al-Ahnaf bin Qais.
Peringkat yang ketiga: Dari kalangan taabi'een yang terkemuka.
Tujuh orang Ahli Feqah dari penduduk Madinah dan mereka ialah Said bin Al-Musayyab, Al-Qasim bin Muhammad, Urwah bin Az-Zubair, Kharijah bin Zaid, Abu Salamah bin Abdul Rahman, Ubaidullah bin Abdullah bin bin Utbah dan Sulaiman bin Yasar. Manakala yang lain ialah orang yang sempat bertemu dengan Anas bin Malik, mereka adalah dari kalangan penduduk Basrah dan orang yang sempat bertemu dengan Abdullah bin Abu Aufa iaitu dari kalangan penduduk Kufah.
Ibnu Saad mengkategorikan taabi'een kepada tiga peringkat berdasarkan bandar-bandar yang mereka duduki.

Peringkat pertama ialah di Madinah Munawwarah dan mereka yang tinggal di dalamnya dibahagikan kepada beberapa Peringkat. Kemudian mereka yang tinggal di Mekah dan mereka juga dibahagikan kepada beberapa bahagian. Seterusnya mereka yang tinggal di Taif, Yaman, Yamamah, Bahrain, Kufah, Basrah, Wasit, Madain, Baghdad, Khurasan, Syam, Jazirah, Mesir, Ailah (Palestin), Afrika dan Andalus.
Faedah mengetahui golongan taabi'een:
Faedah mengetahui golongan taabi'een adalah juga seperti faedah mengetahui golongan sahabat, kerana dengan pengetahuan ini kita dapat mengetahui Hadis Mursal, Hadis Muttasil dan dapat mengesan tempat yang menjadi keraguan dan menghilangkan kesamaran yang timbul hasil daripada kejahilan terhadap nama-nama perawi Hadis, tempat tinggal mereka dan lain-lain.

Taabi'een yang terbaik:

Ulama telah berselisih pendapat tentang siapakah taabi'een yang terbaik؟ Taabi'een yang termasyhur ialah Said bin Musayyab iaitu mengikut pendapat Ahmad bin Hambal dan selain daripadanya. Penduduk Basrah berpendapat: Al-Hasan. Penduduk Kufah pula berpendapat: Alqamah dan Al-Aswad dan sesetengah mereka berpendapat: Uwais Al-Qurni. Penduduk Mekah berpendapat: Ata' bin Abu Rabah.
Taabi'een dari golongan wanita yang terkenal ialah:
Hafsah binti Sirin, Amrah binti Abdul Rahman, dan Ummu Ad-Darda' As-Sughra r.a.

  1. Tabi`i Tabi`iin

Mereka ialah orang yang tidak menemui sahabat sebaliknya mereka menemui seorang taabi'ee atau lebih serta mengambil Hadis daripadanya.
Peringkat-peringkat pengikut taabi'een.

1 - Peringkat taabi'een yang masih kecil semasa sahabat dan tidak bertemu mereka.
2 - Peringkat pengikut taabi'een yang termasyhur.
3 - Peringkat pengikut taabi'een yang pertengahan.
4 - Peringkat pengikut taabi'een yang bawahan.

  1. Pengikut Tabi`I Tabi`iin

Ialah orang yang menemui seorang atau lebih daripada pengikut taabi'een dan mengambil Hadis daripadanya.
Peringkat pengikut kepada pengikut taabi'een.

1 - Golongan termasyhur yang mengambil Hadis daripada pengikut kepada pengikut taabi'een.
2 - Golongan pertengahan daripada mereka.
3 - Golongan bawahan yang mengambil Hadis daripada pengikut kepada pengikut taabi'een.



5. ULAMA HADITS

  1. Amirul Mu`minin

Ialah orang yang meliputi ilmunya terhadap kebanyakan daripada Hadis-hadis sehingga tidak hilang darinya melainkan sedikit.

  1. Hafidz

Ialah orang yang mengetahui setiap Tobaqah iaitu peringkat, mengetahui lebih banyak dari apa yang tidak diketahuinya dan dia ialah orang sibuk sibuk  mengkaji Ilmu Hadis Hadis Riwayah dan Hadis Dirayah.

  1. Muhaddits

Ialah orang yang sibuk mengkaji Ilmu Hadis Tentang Riwayah dan Dirayah serta dapat mengeluarkan banyak daripada Hadis-hadis Riwayah berserta dengan keadaan perawinya. 

  1. Musnad

Ialah orang yang meriwayatkan Hadis berserta dengan sanadnya samada dia mempunyai ilmu tentangnya ataupun hanya meriwayatkan sahaja. 

II.    BAHAGIAN HADITS


1. SYARAT-SYARAT SAH HADITS

  1. Sanad bersambung

Maksudnya ialah mestilah ada di antara perawi sanad suatu ikatan ilmu seperti bertemu dengan orang yang mendapat Hadis daripada orang yang terdahulu dan orang yang mengambil Hadis daripada penyampai Hadis. Tidak terjadi di antara kedua-dua perawi Hadis jarak masa atau tempat yang tidak mengizinkan untuk bertemu atau mustahil untuk bertemu.

  1. Adil

Merupakan satu sifat yang dimiliki di dalam jiwa yang dapat membawa pemiliknya menjadi seorang yang bertaqwa, bermaruah, menjauhkan diri dari perkara keji dan bidaah. Perawi yang adil ialah orang yang mencukupi syarat-syarat yang berikut:
1 - Islam: Tidak boleh diterima Hadis yang diriwayatkan oleh seorang yang bukan Islam sekalipun dia adalah ahli kitab.
2 - Sampai umur: Tidak boleh diterima Hadis yang diriwayatkan oleh seorang kamak-kanak.
3 - Berakal: Tidak boleh diterima Hadis yang diriwayatkan oleh orang gila.
4 - Tidak fasik: Fasik ialah melakukan dosa-dosa besar atau berterusan melakukan dosa-dosa kecil.
5 - Menjaga maruah: Iaitu hendaklah seseorang perawi itu bersikap dengan sikap yang selayak mengikut kedudukannya. Sekiranya beliau seorang ulama, dia akan bersikap dengan sikap yang layak bagi ulama dan tidak bersikap seperti seorang penjual. Para pengkaji Hadis amat mengambil berat dalam aspek akhlak seseorang perawi Hadis yang akan menjamin kebenaran dan amanahnya serta terselamat daripada perkara-perkara yang boleh mencacatkan kedudukan sesuatu riwayat, lebih-lebih lagi apabila perkara yang diriwayatkan berkaitan dengann urusan agama dan Sunnah Nabi s.a.w.

  1. Penjagaan Riwayat
Mereka yakin terhadap apa yang mereka hafal, terpelihara daripada kesalahan atau kesamaran, mampu menyebut apa yang dihafal. Semua ini disyaratkan pada setiap perawi Hadis dari awal sanad hingga ke akhir.
Jenis Penjagaan:

1- Penjagaan di dalam dada:
Iaitu seseorang perawi menghafal apa yang didengarinya dan beliau dapat menyampaikannya semula sebagaimana yang didengar pada bila-bila masa sahaja apabila dikehendaki.
2- Penjagaan berbentuk penulisan (buku):
Iaitu seseorang perawi menjaga terhadap apa yang ditulis setelah membuat pembetulan, membaiki tulisan dan membuat pengiktirafan terhadapnya serta menjaga kitabnya daripada sampai ke tangan orang yang ingin mempermainkan atau membuat pemesongan, iaitu semenjak beliau mula menulis sehinggalah beliau menyampaikannya sebagaimana yang ditulis.

  1. Selamat dari Kecacatan
Iaitu tiada perbezaan perawi terhadap siapakah perawi yang lebih diyakini atau lebih dipercayai, kerana syaz (kecacatan atau keganjilan) ialah terdapat perselisihan di antara perawi yang dipercayai (thiqah) dan perawi yang lebih diyakini daripadanya iaitu terdapat tambahan atau kekurangan pada riwayat yang dibawa oleh perawi yang dipercayai, sedangkan riwayat yang dibawa oleh perawi yang lebih diyakini tidak terdapat sebarang tambahan atau kekurangan. Oleh itu sebarang bentuk gabungan atau persepakatan tidak mungkin berlaku di antara dua riwayat yang berbeza, di mana dengan adanya perselisihan ini akan menghalang kesahihan Hadis. Manakala pakar-pakar dalam bidang ini seperti Al-Khitaabi, Al-Bukhari dan Muslim tidak mensyaratkan syarat ini iaitu mereka membuat pengertian sahih tanpa syarat tersebut dan begitu juga dengan Ibnu Hajar.

  1. Selamat dari Illat
Ianya merupakan sebab berlakunya kesamaran yang boleh mencacatkan kesahihan Hadis. Hadis pada zahirnya adalah terkumpul mengikut syarat-syarat sahih dan selainnya terdapat  sebab kecacatan kecil atau tersembunyi yang tidak diketahui, kecuali para ulama besar melarang dari menghukumkannya dengan sahih. Oleh itu Hadis tersebut dikira Hadis Maukuf dan diriwayatkan secara Marfuk atau sebaliknya, ataupun terdapat juga isnad perawi yang meriwayatkan Hadis daripada orang yang sezaman dengannya lafaz (عن) dengan kesamaran samada dia mendengarnya ataupun dia tidak mendengar daripadanya, lalu disyaratkan terhadap kesahihan sesebuah Hadis iaitu tidak terdapat padanya suatu (العلل) kecacatan.

2. KEDUDUKAN HADITS

  1. SHOHIH
    1. Shihih Lidzatuhu

Sahih Li Zaatihi ( الصحيح لذاته ) :
Perkataan Sahih adalah lawan kepada perkataan sakit.

Dari sudut istilah:
Iaitu Hadis yang bersambung sanadnya melalui pembawakan orang yang kuat hafalan dan adil serta meriwayatkan daripada orang yang kuat hafalan dan adil sehinggalah ke akhirnya tanpa terdapat syuzuz iaitu keganjilan dan tanpa ada illat iaitu kecacatan.
Hukumnya:

1- Hadis tersebut adalah sahih dan wajib membuat hukum dengannya apabila terdapat di dalam kedua-dua kitab sahih Bukhari dan Muslim, sebagaimana pendapat yang dipilih oleh Ibnu Solah serta menetapkan kesahihannya.
2- Wajib beramal dengan setiap  Hadis sekalipun tidak dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim, sebagaimana pendapat Ibnu Hajar di dalam huraian kitab An-Nakhbah.
3- Hendaklah diterima kesahihannya sekalipun tiada yang beramal dengannya, sebagaimana pendapat Al-Qasimi di dalam kitab kaedah-kaedah meriwayatkan Hadis, iaitu Qawaid At-Tahdis.
4- Tidak terhalang untuk beramal selepas menerima Hadis yang sahih jika diketahui tidak terdapat hukum yang membatalkan atau tiada perselisihan jumhur ulama atau tiada pertembungan, bahkan hendaklah beramal dengannya sehinggalah terdapat suatu ayat Al-Quran Atau Hadis yang melarang, maka hendaklah diperhatikan padanya terlebih dahulu.
5- Tidak akan mencacatkan kesahihan sesebuah Hadis walaupun hanya terdapat seorang sahaja dari kalangan sahabat yang meriwayatkannya. Ini adalah diambil daripada kata-kata Ibnu Al-Qayyim di dalam kitab (Ighathah Al-Lahfan).
6- Tidak semua Hadis yang sahih diceritakan kepada orang awam. Dalilnya ialah: Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Muaz dan antaranya (Tidak ada seseorang yang mengucapkan kalimah syahadah bahawa tiada tuhan yang layak disembah  melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah akan memasuki neraka kerana Allah mengharamkan Neraka kepadanya). Sehubungan dengan itu Muaz berkata: Wahai Rasulullah! Apakah aku boleh menyampaikannya kepada orang ramai agar mereka dapat bergembira؟ Rasulullah s.a.w bersabda: (Kalau begitu mereka akan hanya berserah tanpa berusaha) Tetapi Muaz menyampaikannya juga selepas kewafatan baginda.

Kedudukan Hadis Sahih mengikut karangan yang masyhur iaitu tujuh kedudukan:

1- Hadis yang telah disepakati kesahihannya oleh Syaikhan iaitu Imam Bukhari dan Imam Muslim (Muttafaqun 'alaihi).
2- Hadis yang hanya diriwayatkan oleh Imam Bukhari.
3- Hadis yang hanya diriwayatkan oleh Imam Muslim.
4- Hadis yang menepati syarat Imam Bukhari dan Imam Muslim walaupun mereka berdua tidak meriwayatkan di dalam Sahih masing-masing. Imam Nawawi berkata: (Pendapat mereka bermaksud: Untuk memastikan Hadis Sahih kita mestilah berpandukan kepada syarat imam Bukhari dan Muslim secara mengenal pasti bahawa perawi-perawi Hadis tersebut terdapat di dalam kedua-dua kitab mereka (kitab sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim) kerana mereka berdua tidak meletakkan syarat di dalam kitab masing-masing begitu juga di dalam kitab-kitab yang lain).
5- Hadis yang menepati syarat Imam Bukhari tetapi beliau tidak meriwayatkannya di dalam kitab sahih.
6- Hadis yang menepati syarat Imam Muslim tetapi beliau tidak meriwayatkannya di dalam kitab sahih.
7- Hadis yang dianggap sahih oleh ulama-ulama selain daripada keduanya tetapi tidak menepati syarat salah seorang daripada mereka.

    1. Shohih Li Ghairihi
Sahih Li Ghairihi ( الصحيح لغيره ) atau dinamakan juga Hasan Li Zaatihi ( الحسن لذاته ) apabila ianya diriwayatkan melalui satu atau beberapa cara yang lain maka ianya dibantu oleh suatu kekuatan pada dua bentuk:
Pertama: Riwayatnya adalah melalui perawi-perawi yang masyhur dengan kebenaran dan penjagaan rahsia sekalipun berkurangan kekuatan hafalan mereka ataupun tidak mencapai taraf ahli Hafaz yang mahir dari kalangan perawi-perawi Hadis Sahih.
Kedua: Riwayatnya adalah melalui cara yang lain di mana dengan cara ini diperolehi satu kekuatan yang dapat menggantikan apa yang hilang pada kesempurnaan kekuatan hafalan dan dapat menaikkan taraf dari taraf Hasan kepada taraf Sahih, cuma ianya bukan ( لذاته ) Li Zaatihi, bahkan ianya dianggap ( لغيره ) Li Ghairihi.

  1. HASAN

    1. Hasan Li Dzatihi
Sifat Musyabbahat ( صفة مشبهة ) daripada kalimah husnu ( حسن ) yang bermaksud cantik dan elok.
Dari sudut istilah:
Hadis yang bersambung sanadnya melalui pembawakan seseopang yang adil, yang berkurangan kekuatan pada hafalannya tanpa terdapat Keganjilan dan tidak ada Kecacatan. Maka perawi pada setiap kedua-dua jenis Hadis tersebut (Sahih dan Hasan) adil tetapi kekuatan hafalan pada taraf Hasan berkurangan berbanding dengan taraf Sahih dan tidak sempurna sepertinya. Ianya dinamakan dengan nama tersebut kerana memandangkan keelokan pada dalamannya, bukan kerana sesuatu pada luarannya dan apabila digunakan lafaz Hasan, maka ianya bersifat (الحسن لذاته) Hasan Li Zaatihi.

    1. Hasan Li Ghairihi
Apabila sesebuah Hadis pada zatnya adalah dhaif, tetapi kedhaifannya boleh diterima untuk dinaikkan taraf melalui cara yang lain kepada taraf Hasan, Hasannya bukan Li Zaatihi (لذاته) tetapi ianya adalah Li Ghairihi (لغيره) iaitu dhaif yang boleh diterima kesahihannya, maka ianya menjadi Hasan Li Ghairihi (حسن لغيره)

a- Dhaif kerana disebabkan oleh keadaan perawinya tidak dikenali atau tidak masyhur, tidak pelupa tetapi terdapat banyak kesalahan.
b- Dhaif kerana disebabkan oleh keadaan perawinya yang lemah hafalannya atau tersalah dan bercampur perkara tersebut di antara kebenaran dan amanah.
c- Dhaif disebabkan sanadnya tidak bersambung, samada ianya Mungqati' atau Mursal.
d- Dhaif disebabkan adanya Mudlis yang meriwayatkan dengan bersambung-sambung ( بالعنعنة ) sedangkan tiada padanya seseorang yang mengambil berat terhadap pembohongan. Keempat-empat jenis ini boleh diterima kesahihannya dan boleh dianggkat kepada taraf Hasan melalui dua syarat:

1- Tidak terdapat syuzuz iaitu keganjilan pada Hadis.
2- Riwayatnya adalah dengan satu cara yang lain atau lebih daripada satu cara Contohnya: Hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi, dikira Hasan melalui riwayat Syukbah daripada Aasim bin Ubaidullah daripada Abdullah bin Aamir bin Rabii'ah daripada ayahnya bahawa seorang wanita daripada Bani Fazarah berkahwin dengan maskahwinnya sepasang kasut. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: (Apakah engkau redha terhadap diri dan harta kamu dengan sepasang kasut؟) Wanita tersebut menjawab: Ya. Maka baginda membenarkannya. Tirmizi berkata: Di dalam bab yang terdapat riwayat daripada Amru, Abu Hurairah, Aisyah dan Abu Hadrad. Maka Asim dikira perawi daif kerana buruk hafalannya tetapi Tarmizi meletaknya pada taraf Hasan kerana ianya dibawa dalam satu bentuk sahaja, tidak ada dalam bentuk lain.
Hukumnya:

Walaupun disebut keadaan Hadis tersebut dengan Hadis Hasan tetapi ianya tidak boleh diletakkan pada taraf yang membolehkan berhujah dan beramal dengannya, kerana asas penerimaan terhadap sesebuah Hadis serta berhujah dengannya adalah bergantung kepada lebih diyakini terhadap kebenarannya daripada pembohongannya dan perkara ini ditegaskan lagi di dalam bahagian Hadis Hasan dan kedua-dua jenisnya.

Pengertian yang dibuat oleh Tirmizi terhadap Hadis Hasan:

Abu Isa At-Tirmizi dianggap sebagai orang pertama yang diketahui telah membahagikan Hadis kepada Sahih, Hasan dan Dhaif sebagaimana yang disebut oleh Ibnu Taimiah di dalam kitab Majmuk Al-Fatawa tetapi pengertiannya terhadap Hadis Hasan, ialah Hadis Hasan Li Ghairihi (حسن لغيره) . Beliau telah membuat pengertian di dalam bab kecacatan-kecacatan yang terdapat di dalam kitab Jami'nya, di mana katanya: (Setiap Hadis yang diriwayatkan kemudian tidak terdapat pada isnadnya perawi yang dituduh berbohong dan Hadis tersebut juga tidak ganjil (شاذ) serta diriwayatkan dengan bentuk lain yang seumpamanya, maka pada pendapat kami ianya adalah Hadis Hasan).

  1. DLA`IF

Perkataan berlawanan dengan kuat. Dhaif terdapat dalam bentuk fizikal (hissi) dan maknawi. Dhaif yang dikehendaki di sini ialah dari segi maknawi
Dari sudut istilah:
Pengertian yang dibuat oleh Ibnu Solah ialah: Setiap Hadis yang tidak terkumpul padanya sifat-sifat Hadis Sahih dan Hadis Hasan.
Dhaif dapat dibahagikan apabila hilang syarat-syarat penerimaan kepada beberapa jenis dan secara ringkasnya adalah seperti berikut:

a - Hilang syarat sanad yang bersambung. Ianya dapat dibahagikan kepada lima bahagian iaitu:

1-Muallak   2-Mungqati'   3-Muaddhal   4-Mursal   5-Mudlis

b - Hilang syarat adil. Ianya dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:

1-Maudu'  2-Matruk  3-Mungkar  4-Matruh  5-  Mudha'af  6-Mubham

c - Hilang syarat kuat hafalan. Ianya terbahagi kepada:

1- Mudraj  2-Maqlub  3- Muddtarib  4-Musahhif dan Muharrif

d - Hilang syarat terpelihara daripada syuzuz. Ianya dapat dibahagikan kepada satu bahagian sahaja iaitu syaz

e - Hilang syarat terpelihara daripada Illat ( علة ) . Ianya hanyalah satu bahagian sahaja iaitu Muallil ( معلل ) .

Hukum meriwayat dan beramal dengannya:

Hadis-hadis Dhaif yang tidak tetap dan tidak ditegaskan pembohongannya.
Ibnu Taimiah menyebut di dalam kitab Majmuk Al-Fatawa ( مجموع الفتاوي ): (Apabila diketahui ianya adalah batal dan Hadis yang diada-adakan, tidak harus cenderung kepadanya, kerana sesuatu pembohongan adalah sama sekali tidak berfaedah, tetapi apabila terdapat ketetapan bahawa ianya adalah Sahih, maka tetaplah hukumnya dan apabila berlaku keraguan pada keduanya maka ia boleh diriwayatkan kerana kemungkinan ianya benar dan tiada kemudaratan pada pembohongannya. Imam Ahmad berkata: Apabila seseorang berkata: Jika terdapat suatu targhib (Dorongan mendekati kebaikan) dan tarhib (Dorongan menjauhi keburukan), maka kami mempermudahkan pada sanad-sanadnya. Maksudnya: Kami meriwayatkan Hadis, di dalam Hadis tersebut disertakan dengan sanad-sanad sekalipun perawinya tidak mempunyai kepercayaan yang boleh dibuat hujah. Begitu juga ada yang berpendapat: Ianya boleb diamalkan dari sudut kelebihan-kelebihan amalan. Dimana (beramal dengannya ialah beramal dengan amalan yang soleh seperti membaca Al-Quran dan berzikir).
Begitu juga pendapat beliau: (Apabila Hadis-hadis bab kelebihan mempunyai kadar dan had tertentu seperti sembahyang dalam waktu tertentu dengan bacaan tertentu atau dengan cara tertentu, maka ianya tidak harus kerana galakan terhadap gambaran yang tertentu ini, tidak tetap dengan dalil syarak).
Kemudian beliau mengakhiri kata-katanya dengan berkata: Maka keputusannya dalam bab ini, dibolehkan meriwayat dan beramal dengannya dalam keadaan targhib dan tarhib, bukan dalam bab galakan. Kemudian pegangan terhadap perkara wajib, iaitu kadar pahala dan balasan bergantung pada dalil syarak).
Kesimpulan daripada kata-kata Ibnu Taimiah yang lepas, iaitu syarat-syarat yang wajib diikuti ketika meriwayatkan Hadis Dhaif yang tidak tetap pembohongannya serta tidak ditegaskan kebenarannya. Syarat-syarat tersebut ialah:

1- Hendaklah terkandung dalam asas amalan seperti membaca Al-Quran dan doa.
2- Bukan dari ketetapan syarak atau merupakan sifat bagi Allah iaitu daripada perkara-perkara yang berhubung dengan aqidah dan hukum, juga bukan galakan dan seumpamanya.
3- Ianya bukan perkara batil yang dibuat-buat. Jika diketahui kebatilan dan ianya perkara yang dibuat-buat, maka tidak harus diambil kira dan berhujah dengannya dalam semua perkara.


  1. MAUDLU`

Pengertiannya pada bahasa:
اسم مفعول daripada kalimah وضع iaitu menjatuhkannya dan dinamakan sedemikian kerana tergugur kedudukannya.
Dari sudut istilah:
Berita yang dibuat-buat terhadap Rasulullah s.a.w sebagai pembohongan terhadap baginda.

Kedudukannya

Ianya adalah seburuk-buruk jenis Dhaif, bahkan sesetengah ulama menjadikannya satu bahagian yang berasingan, tidak tergolong daripada Hadis-hadis Dhaif dan tidak digunakan padanya dengan lafaz Hadis melainkan dari sudut orang yang memaudhukkannya.

Hukum meriwayatkannya:

Telah sepakat pengharaman meriwayatkan berita yang dibuat-buat Dan disandarkan kepada Rasulullah s.a.w, melaikan jika diiringi dengan keterangan tentangp Maudhuknya, ini ialah kerana Rasulullah s.a.w pernah bersabda: (Sesiapa yang membuat pembohongan terhadapku dengan sengaja maka disediakan tempatnya di dalam Neraka).
Sabda Baginda lagi: (Sesiapa yang memperkatakan sesuatu tentang aku dengan percakapan yang diketahui ianya adalah bohong maka dia adalah salah seorang pembohong).

Tanda-tanda Hadis Maudhuk:

Para ulama telah menggariskan kaedah-kaedah untuk mengenali Hadis-hadis Maudhuk. Di antara kaedah-kaedah tersebut ialah:
1- Pengakuan daripada pembuat sendiri, seperti pengakuan Ibnu Abu Mariam yang mengaku membuat pembohongan terhadap Hadis-hadis Kelebihan Surah.
2- Terdapat bukti pada kedudukkan hubungan perawi, seperti meriwayatkan daripada syeikh yang terbukti beliau tidak menemuinya, hidup sezaman dengannya, meninggal dunia sebelum kelahiran perawi atau beliau tidak memasuki tempat yang beliau mendakwa pernah mendengarnya seperti Makmun bin Ahmad Al-Harawi yang mendakwa pernah mendengar daripada Hisyam bin Umar, maka Ibnu Hiban bertanya padanya: Bilakah kamu memasuki Syam؟ Beliau menjawab: Pada tahun 250 Hijrah. Ibnu Hiban berkata: Sesungguhnya Hisyam yang diriwayatkan oleh Makmun telah meninggal dunia pada tahun 245 Hijrah.
3- Terdapat bukti pada matan yang menunjukkan pembohongannya, seperti terdapat pada riwayat tersebut kesalahan pada tata bahasa atau terdapat kelemahan pada lafaz dan tergugur makna, seperti riwayat: Sekiranya beras ( الأرز ) seorang lelaki tentu dia akan bersifat pemurah. Kata begini bukanlan diambil daripada kata-kata cendikiawan apatah lagi kata-kata penghulu segala Nabi-nabi. Tajuk perbahasan adalah pada kelemahan makna sekalipun lafaznya elok kerana kemungkinan dia meriwayatkannya dengan makna dan mengubah lafaz-lafaznya dengan yang tidak fasih.
4- Bersalahan dengan akal, fizikal dan penyaksian: Seperti riwayat daripada Ar-Rahman bin Zaid bin bin Aslam bahawa kapal Nabi Nuh a.s tawaf di Baitullah tujuh keliling dan sembahyang di belakang makam dua rakaat
5- Bersalahan dengan keterangan Al-Quran dan sunnah yang sahih, yang tidak boleh ditakwil seperti: Aku adalah penutup para Nabi, tiada Nabi selepasku melainkan jika dikehendaki oleh Allah, maka ianya bersalahan dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud: (Tetapi Muhamad adalah pesuruh Allah dan penutup para Nabi) dan seperti apa yang bersalahan terhadap kebenaran sunnah yang mutawatir (Akulah penyudah, tiada Nabi selepasku).
6- Bersalahan dengan data sejarah yang diketahui pada masa Nabi s.a.w seperti riwayat dikenakan Jizyah ke atas orang Yahudi selepas perang Khaibar dan tidak dikenakan kerja tanpa upah terhadap mereka dengan disaksikan oleh Saad bin Muaz dan ditulis oleh Muawiah bin Abu Sufian Sedangkan ketetapan sejarah mengatakan bahawa Jizyah belum lagi diperkenalkan dan belum disyariatkan pada tahun peperangan Khaibar kerana ayat tentang Jizyah diturunkan selepas tahun peperangan Tabuk. Sesungguhnya Saad bin Muaz meninggal dunia sebelum peristiwa tersebut iaitu dalam peperangan Khandak. Manakala Muawiah pula memeluk Islam pada tahun pembukaan Mekah.
7- Khabar tentang perkara yang penting berulang dakwaan pembawakannya seperti yang berlaku dengan disaksikan oleh semua sahabat tetapi tidak meriwayatkanya melainkan seorang sahaja dan yang lainnya menyembunyikannya, seperti diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah memegang tangan Ali bin Abu Talib ketika dihadiri oleh seluruh sahabat sewaktu kepulangan mereka dari mengerjakan Haji Widak, kemudian baginda bersabda selepas orang ramai mengenalinya: (Kanak-kanak ini adalah, saudaraku dan akan menjadi khalifah selepasku, maka hendaklah kamu mendengar dan mentaatinya) Adakah seseorang Muslim boleh menerima berita yang menunjukkan semua sahabat telah sepakat untuk menyembunyikannya ketika mereka memilih Saidina Abu Bakar sebagai Khalifah dan dengan dipersetujui oleh Abu Bakar dan mereka menyetujuinya sebagai khalifah mereka؟.
8- Mengandungi balasan yang berat teradap dosa kecil atau pahala yang banyak terhadap amalan yang sedikit. Perkara ini masyhur terhadap balasan siksa dan balasan baik seperti kata mereka: (Sesiapa yang mengucapkan kalimah لا إله إلاالله maka Allah akan menciptakan untuknya seekor burung yang mempunyai tujuh puluh ribu lidah manakala setiap lidah mempunyai tujuh puluh ribu bahasa yang sentiasa meminta keampunan untuknya).


3. PEMBAGIAN HADITS

  1. BILANGAN PERAWI PADA SETIAP TINGKAT

Pengertian الطبقة (peringkat) pada bahasa:
Golongan yang mempunyai persamaan.
Dari sudut istilah:
Golongan yang hidup sezaman apabila mereka hampir pada jarak umur dan pada isnad. Maksud hampir pada isnad ialah syeikh-syeikh ini juga merupakan syeikh-syeikh kepada yang lain atau mereka hampir kepada syeikh-syeikhnya.
Bilangan perawi setiap peringkat:
Ialah bilangan perawi pada setiap kumpulan dari kumpulan sanad dan perawi-perawi ini hidup sezaman dan hampir pada jarak umur dan isnad. Ibnu Hajar telah membahagikan zaman para pemilik kitab yang enam kepada dua belas peringkat, iaitu pembahagian yang kita berpegang kepadanya bagi riwayat Imam Bukhari di dalam program-program.

1.      GHARIB

Pengertiannya pada bahasa:
Iaitu sifat musyabbahah dengan maksud bersendiri atau jauh dari sanak saudaranya.
Dari sudut istilah:
Hadis yang hanya diriwayatkan oleh seorang perawi sekalipun melalui satu peringkat dan kebanyakan ulama menamakannya Gharib (secara individu).

Bahagian-bahagiannya:
Gharib jika dinisbahkan kepada maksud bersendiri, boleh dibahagikan kepada dua bahagian:
(a) Gharib Mutlak atau Individu Mutlak.
Pengertiannya ialah: Perkara yang mengasingkan pada asal sanadnya iaitu perkara yang diriwayatkan oleh seorang perawi pada peringkat sahabat.
(b) Gharib pada nasab atau individu
Pengertiannya: Iaitu perkara yang mengasingkan pada sanad bagi mereka yang selepas taabi'ee.
Jenis-jenis Gharib pada nasab:
1 - Terdapat satu kepercayaan sahaja ketika meriwayatkan Hadis iaitu tidak meriwayatkannya melalui orang yang boleh dipercayai kecuali seorang.
2 - Terdapat seorang perawi tertentu sahaja, yang meriwayatkan daripada seorang perawi tertentu: Seperti kata-kata mereka, polan sahaja yang meriwayatkannya daripada polan
3 - Hanya penduduk sebuah negeri atau segelintirnya sahaja: Seperti, yang meriwayatkannya hanya penduduk Mekah dan penduduk Syam.
4 - Hanya penduduk sesebuah negeri atau daerah itu sahaja tanpa penduduk sesebuah negeri atau daerah yang lain:  Seperti kata-kata mereka Penduduk Syam meriwayatkan daripada penduduk Hijaz.
Pembahagian lain terhadap Gharib Nasabi.
Para ulama telah membahagikan Gharib Nasabi mengikut Gharib pada sanad atau matan kepada:
1 - Gharib pada matan dan isnad iaitu Hadis yang matannya diriwayatkan oleh seorang perawi sahaja.
2 - Gharib pada isnad, tidak pada matan Seperti Hadis yang masyhur daripada sekumpulan sahabat, yang diriwayatkan daripada mereka melalui cara berlainan, sedangkan ianya didatangkan daripada salah seorang daripada mereka dengan satu isnad yang hanya diriwayatkan oleh seorang sahaja daripada kalangan sahabat.
Hukumnya:
Dapat dikategorikan kepada Hadis yang boleh diterima dan ditolak mengikut keadaan perawi.

2.      `AZIZ

Pengertiannya pada bahasa:
Sifat musyabbahah daripada perkataan (عزَّ يَعِزُّ) iaitu sedikit dan jarang atau daripada perkataan (عزَّ يَعَزُّ) iaitu kuat dan bersangatan. Ianya dinamakan sedemikian kerana sedikit dan jarang terdapat ataupun kerana keteguhannya yang didatangkan melalui cara lain.
Dari sudut istilah:
Hadis yang disepakati riwayatnya oleh dua orang perawi pada setiap isnad atau setiap peringkat di mana perawinya tidak kurang dari dua orang pada setiap peringkat.

Hukumnya:
Dapat dikategorikan kepada Hadis yang boleh diterima dan ditolak, mengikut keadaan perawinya.

3.      MASYHUR

Pengertiannya pada bahasa:
اسم مفعول dari (شهرت الأمر) iaitu telah masyhur perkara ini, apabila disebar dan diperkenalkannya manakala sebab dinamakan masyhur adalah kerana ianya tersebar.
Dari sudut istilah:
Ialah Hadis yang diriwayatkan oleh tiga orang perawi atau lebih, pada setiap peringkat tetapi tidak sampai ke peringkat Mutawatir.

Hukumnya:
Terbahagi kepada Hadis yang diterima dan Hadis yang ditolak mengikut keadaan perawi.

4.      MUTAWATIR

Pengertiannya pada bahasa:
 هو اسم فاعل dari التواتر bererti التتابع iaitu berturut-turut, kita menyebut تواتر المطر iaitu hujan turun tidak henti-henti.
Dari sudut istilah:
Hadis yang diriwayatkan oleh sekumpulan perawi, sukar untuk diterima akal bahawa mereka akan sepakat membela pembohongan atau pemalsuan.

Syarat-syaratnya:
Dijelaskan pada pengenalan bahawa Hadis Mutawatir tidak dapat dikenal pasti kecuali dengan beberapa syarat:
1- Diriwayatkan oleh sebilangan besar perawi.
2- Terdapat sebilangan besar perawi pada semua peringkat sanad dan sukar untuk diterima akal bahawa mereka akan sepakat dari Hadis yang berbeza-beza
3- Riwayat mereka bersandarkan kepada fizikal seperti kata mereka: Kami dengar atau kami lihat.
Jenisnya:
1- Mutawatir Lafzi: Iaitu Hadis Mutawatir dari sudut lafaz dan makna.
2- Mutawatir Maknawi: Iaitu Hadis Mutawatir dari sudut makna walaupun lafaznya berbeza.
Hukumnya:
Berfaedah untuk mendapatkan ilmu yakini iaitu ilmu yang mendorong kepada membenarkannya dengan kebenaran yang hakiki tanpa ragu-ragu lagi malah wajib beramal dengannya.

  1. ORANG YANG DISANADKAN KEPADANYA

    1. QUDSI

Pengertiannya pada bahasa:
القدسي dinisbahkan kepada perkataan القدس iaitu suci, manakala Hadis Qudsi pula ialah Hadis yang dinisbahkan kepada Zat Yang Maha Suci iaitu Allah s.w.t.
Dari sudut istilah:
Hadis yang diriwayatkan kepada kita daripada Nabi s.a.w. Sanad Hadis tersebut disandarkan oleh Nabi s.a.w kepada Allah s.w.t samada bersambung atau tidak dan ianya bukan Al-Quran.

Bentuk Riwayatnya:
Untuk meriwayatkan Hadis Qudsi perawi boleh menggunakan dua bentuk riwayat iaitu:
1 - Sabda Rasulullah s.a.w tentang apa yang diriwayatkan atau (diceritakan) oleh Allah s.w.t.
2 - Firman Allah s.w.t sebagaimana yang diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w.

Hukumnya:
Terbahagi kepada Hadis yang diterima atau Hadis yang ditolak mengikut keadaan perawi.

Perbezaan Di antara Hadis Qudsi dan Al-Quran:
Keistimewaan dan kelebihan yang terdapat pada Al-Quran dan tidak terdapat pada Hadis Qudsi di antaranya ialah:

1- Al-Quran adalah Mukjizat yang berkekalan mengikut peredaran zaman, terpelihara dari diubah dan ditukar ganti serta lafaznya termasuk perkataan, huruf begitu juga gaya bahasa adalah Mutawatir.
2- Haram meriwayat Al-Quran dalam bentuk makna.
3- Haram menyentuh Al-Quran bagi orang yang berhadas, diharamkan membaca Al-Quran bagi orang yang berhadas besar dan seumpamanya.
4- Diwajibkan sebagai bacaan di dalam sembahyang.
5- Dinamakannya Al-Quran.
6- Beribadat dengan cara membacanya di mana setiap huruf akan dibalas dengan sepuluh kebaikan.
7- Sejumlah perkataan Al-Quran dinamakan ayat, manakala sejumlah tertentu bagi ayat Al-Quran dinamakan surah.
8- Lafaz dan maknanya dari Allah s.w.t melalui wahyu berbanding dengan Hadis.
Disebut keistimewaan ini di dalam kitab قواعد التحديث (Kaedah meriwayatkan Hadis).

    1. MARFU`

Pengertiannya pada bahasa:
اسم مفعول dari (رفع) lawannya وضع, seolah-olah dinamakan Hadis Marfuk kerana dinisbahkan kepada pemilik kedudukan yang tertinggi iaitu Nabi s.a.w.
Dari sudut istilah:
Hadis yang dinisbahkan kata-kata, perbuatan, pengakuan atau sifat kepada Nabi s.a.w samada sanadnya bersambung atau tidak.

Jenis-jenisnya:

1 -  Marfuk Tasrihi:
Iaitu Hadis yang dinisbahkan kata-kata, perbuatan, sifat atau pengakuan kepada Nabi s.a.w secara jelas.
* Contoh Hadis Marfuk dari kata-kata secara jelas: Seorang sahabat berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Begini atau Rasulullah s.a.w telah menceritakan kepada kami: Begini atau dia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Begini atau diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w sesungguhnya baginda bersabda: Begini.
* Contoh Hadis Marfuk dari perbuatan secara jelas: Seorang sahabat berkata: Aku telah melihat Rasulullah s.a.w melakukan begini atau dia berkata, mungkin juga orang lain berkata: Rasulullah s.a.w melakukan begini.
* Contoh Marfuk dari pengakuan secara jelas: Seorang sahabat berkata: Pada zaman Rasulullah s.a.w kami telah lakukan begini, atau dia berkata, mungkin juga orang lain berkata: Telah dilakukan begini ketika bersama Rasulullah s.a.w malah tidak dinyatakan bahawa Nabi melarangnya.
Marfuk Hukmi:
Ialah Hadis yang tidak dinisbahkan kepada Nabi s.a.w iaitu Hadis yang tidak jelas sebagaimana katanya: Sabda Rasulullah s.a.w atau telah lakukan atau dilakukan ketika bersama Rasulullah s.a.w.
* Contoh Marfuk Hukmi dari kata-kata yang tidak jelas: Seorang sahabat berkata: Tidak pernah disebut sebelum pendapat aku ini dan tidak ada ruang untuk berijtihad tentangnya, tetapi dibolehkan dengan beberapa syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Al-Iraqi: Sahabat tersebut mestilah dari kalangan mereka yang tidak meriwayatkan Hadis dari Ahli Kitab. As-Sayuti berkata: (Syeikhul Islam telah menjelaskan di dalam kitab شرح النخبة sebagai kata putus) dan mengemukakan contoh iaitu: -Iaitu seperti cerita tentang perkara yang telah lepas seperti permulaan kejadian makhluk, cerita para Nabi dan perkara-perkara berikut seperti mengamuk, fitnah dan keadaan Hari Kiamat. - Apa yang dilakukan akan diberi balasan pahala atau balasan siksa yang tertentu.
* Contoh Marfuk Hukmi dari perbuatan: Sahabat melakukan sesuatu yang tidak ada ruang yang membolehkannya berijtihad lalu dia menjadikan perbuatan tersebut sebagai hujah daripada Nabi s.a.w sebagaimana kata-kata Imam As-Syafie tentang sembahyang Kusuf iaitu sembahyang sunat gerhana yang dilakukan oleh Saidina Ali di mana dia melakukan lebih dari dua kali rukuk pada setiap rakaat.
* Contoh Marfuk Hukmi dari pengakuan: Sahabat menceritakan bahawa mereka lakukan pada zaman Nabi s.a.w begini maka ini akan termasuk dalam Hukum Marfuk dari satu sudut di mana jelas Nabi s.a.w mengetahui dan melihatnya, begitu juga kerana memenuhi permintaan mereka terhadap persoalan tentang urusan agama, juga kerana masa tersebut adalah masa wahyu diturunkan malah tidak pernah berlaku sahabat berterusaan melakukan sesuatu perkara sedangkan ianya tidak ditegah di mana sekiranya ditegah nescaya Jibril a.s turun memberitahu Nabi s.a.w supaya menegah para sahabat dari melakukan perkara tersebut.
Hukumnya:
Boleh dijadikan hujah serta beramal dengannya jika sahih dan diterima kerana setiap kata-kata, perbuatan pengakuan dan sifat dinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w.

    1. MAUQUF

Pengertiannya pada bahasa:
اسم مفعول dari الوقف seolah-olah perawi berhenti meriwayatkan Hadis daripada sahabat malah tidak menyebut rangkaian perawi yang masih berbaki.
Dari sudut istilah:
Iaitu Hadis yang dinisbahkan kata-kata atau perbuatan kepada sahabat samada sanadnya bersambung atau tidak.
* Contoh Mauquf dari perkataan: Ibnu Umar r.a berkata begini atau Ibnu Mas'ud berkata begini.
* Contoh Mauquf dari perbuatan: Ibnu Umar menunggang binatang tunggangan seorang diri semasa musafir begitu juga orang lain. Manakala sebab dinamakan Mauquf adalah kerana Hadis tersebut boleh dipertikai, sekiranya tidak ada ruang untuk dipertikaikan maka ianya adalah Hadis Marfuk begitu juga sekiranya dirasakan bahawa sahabat mengambil Hadis daripada Ahli Kitab sebagai sangka baik terhadap sahabat. Dinamakan Hadis Mauquf terhadap Hadis yang dinisbahkan kepada taabi'ee atau bukan taabi'ee dengan syarat ada hubungan. Sebagai contoh kita berkata: Ini adalah Hadis Mauquf pada Ata', Tawus atau Malik.
Hukumnya:
Pada asalnya tidak boleh berhujah dengan Hadis Mauquf kerana ianya adalah kata-kata dan perbuatan para sahabat tetapi sekiranya ditetapkan dan Sahih maka sesungguhnya ia menguatkan sebahagian Hadis Dhaif dan perkara ini berlaku selama mana ianya tidak termasuk dalam hukum Hadis Marfuk, jika termasuk dalam Hukum Hadis marfuk maka ianya boleh dijadikan hujah sebagaimana Hadis Marfuk yang sebenarnya.

    1. MAQTHU`

Pengertiannya pada bahasa:
اسم مفعول dari (قطع) iaitu terpotong lawannya وصل iaitu bersambung.
Dari sudut istilah:
Hadis yang dinisbahkan kata-kata atau perbuatan kepada sahabat ataupun bukan sahabat, taabi'ee kecil atau besar samada sanadnya bersambung atau tidak.
Hadis tersebut dikeluarkan secara mengaitkan Hadis yang dinisbahkan kepada Nabi s.a.w, dinisbahkan pula kepada taabi'ee atau sahabat. Kadang-kadang Hadis Maqtuk dinamakan juga Mauquf berdasarkan kepada hubungannya. Sebagai contoh kata-kata mereka: Terhenti pada Ata' atau Polan telah menberhentikannya pada Mujahid atau Muammar telah memberhentikannya pada Hammam. Adapun Hadis Mauquf pada asalnya adalah merupakan kata-kata atau perbuatan yang dinisbahkan kepada sahabat.
* Contoh Maqtuk Ialah: Mujahid (di mana dia adalah dari kalangan taabi'ee). Apabila ingin meninggalkan sahabatnya dia berkata: Bertakwalah kepada Allah dan sebarkanlah ilmu ini, ajarkannya kepada orang ramai dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya.
Hukumnya:
Hadis Maqtuk tidak boleh dijadikan hujah kerana tidak mempunyai bukti bahawa ianya adalah Marfuk. Sekiranya terdapat bukti yang menunjukkan bahawa ianya adalah Marfuk kepada Nabi s.a.w maka ianya termasuk dalam hukum Marfuk. Begitu juga apabila terdapat bukti yang menunjukkan bahawa ianya Mauquf kepada sahabat maka ianya termasuk dalam hukum Mauquf.
* Hadis Maqtuk yang mempunyai hukum Marfuk antaranya kata-kata taabi'een pada sebab-sebab Diturunkan Al-Quran. Begitu juga kata-kata mereka terhadap sesuatu perkara yang mana tidak ada ruang untuk mereka memberi pendapat malah mereka tidak dapat mengambil riwayat tersebut melainkan daripada Nabi s.a.w.

  1. KEGUGURAN YANG NYATA

    1. MURSAL

Pengertiannya pada bahasa:
Asal Hadis Mursal dari sudut bahasa Ialah: الإطلاق iaitu bebas dan التخلية iaitu berasingan.
Dari sudut istilah:
Hadis yang gugur nama sahabat dari rangkaian sanadnya. Ibnu Hajar telah menyebut di dalam kitabnya yang bernama شرح النخبة : (Di mana gambarannya ialah: Taabi'ee (samada kecil atau besar) beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda begini, baginda melakukannya begini, dilakukan ketika bersama Rasulullah s.a.w begini atau seumpamanya). Al-Hakim telah mengkhususkan bahawa Mursal hanyalah dengan taabi'een begitu juga Ibnu Solah dan sebahagian besar Ulama Hadis. Manakala sebahagian besar Ulama Fekah dan Ulama Usul berpendapat lebih terbuka di mana setiap Hadis yang terpotong apa jua bentuk sanad dinamakan Hadis Mursal.

Hukumnya:
Ulama berselisih pendapat di dalam menentukan hukum beramal dengan Hadis Mursal:
(Pendapat Pertama):
Sebahagian besar Ulama berpendapat Hadis Mursal adalah Dhaif tidak boleh diterima atau berhujah dengannya. Ibnu Solah berkata: (Apa yang kami nyatakan di sini bahawa Hadis Mursal tidak boleh dijadikan hujah di mana orang yang menghukum sebagai Dhaif adalah Mazhab yang berpegang dengan pendapat sebahagian besar penghafaz Hadis dan pengkaji pemindahan Hadis sehingga mereka selalu menyebutnya di dalam kitab-kitab karangan mereka). Sebab penolakan mereka terhadap Hadis Mursal adalah kerana mereka beranggapan kemungkinan perawi yang tertinggal adalah bukan sahabat dan dalam keadaan ini kemungkinan akan menjadi Dhaif.
(Pendapat Kedua):
Golongan ini berpendapat bahawa Hadis Mursal memang boleh dijadikan hujah. Ibnu Jarir berkata: Semua taabi'een berkumpul dan bersepakat menerima Hadis Mursal dan tidak ada di kalangan mereka yang menentang pendapat tersebut begitu juga tidak ada seorang pun dari pakar Hadis selepas daripada mereka yang menentang sehingga dua ratus orang).
(Pendapat Ketiga):
Iaitu pendapat Syafie dan sebahagian Ulama di mana mereka menerima Hadis Mursal dengan beberapa syarat. Imam As-Syafie telah menyebut syarat-syarat untuk menerima Hadis Mursal daripada taabi'een yang termasyhur dan berhujah dengannya di dalam kitab beliau yang bernama (الرسالة) iaitu:

1- Perawi Hadis Mursal mestilah dari kalangan taabi'een yang termasyhur.
2- Dijelaskan pada Hadis Mursal bahawa perawi yang dibuang adalah ثقة iaitu dipercayai.
3- Hadis yang diriwayatkan oleh Perawi Mursal sama dengan Hadis yang dihafaz oleh perawi lain secara lafaz dan makna.
4- Tiga syarat yang tersebut di atas termasuk salah satu syarat berikut:

A- Meriwayat Hadis dari jalan yang berbeza tetapi sanad bersambung.
B- Meriwayat Hadis Mursal dari cara yang lain dengan syarat Perawi Mursal kedua meriwayatkan Hadis dari Syeikh yang berbeza dengan Syeikh Perawi Mursal pertama.
C- Bertepatan dengan kata-kata sahabat.
D- Digunakan sebagai fatwa oleh sebahagian besar ahli ilmu.

Mursal Sahabi:
Sebahagian sahabat telah meriwayatkan beberapa buah Hadis secara mursal kerana lewat memeluk Islam atau umur mereka lebih muda lalu salah seorang daripada mereka meriwayatkan Hadis daripada Rasulullah s.a.w tanpa mendengar, melihat orang yang melakukannya semasa bersama baginda atau pengakuan baginda malah secara jelasnya dia tidak ada bersama di majlis tersebut.

Hukumnya:
Hukum Hadis Mursal adalah Sahih di sisi sebahagian Ulama. As-Sayuti berkata: (Hadis ini juga terdapat di dalam dua Kitab Sahih ( iaitu Hadis Mursal sahabat) tidak pasti jumlahnya kerana kebanyakan riwayat mereka adalah dari sahabat dan mereka semuanya Adil manakala riwayat mereka yang diambil daripada orang lain cuma sedikit sahaja malah mereka menjelaskannya ketika meriwayat Hadis tersebut. Kebanyakan Hadis yang diriwayatkan oleh sahabat adalah daripada taabi'een, bukannya Hadis Marfuk bahkan ianya adalah Israeliat iaitu tokok tambah, cerita atau Mauquf).

Mursal Khafi

Pengertiannya pada bahasa:
Mursal bermakna berasingan dan ianya adalah tersembunyi kerana Mursal ini tidak dapat dikenal pasti kecuali dengan membuat kajian.
Dari sudut istilah:
Perawi meriwayatkan Hadis secara Mursal daripada orang lain tanpa mendengarnya. Manakala perbezaan di antara Mursal Khafi dan Mudlis ialah Perawi Hadis Mudlis mendengar Hadis yang lain daripada Syeikhnya tetapi dia menisbahkan Hadis yang lain daripada yang ada bersamanya kepada Syeikhnya. Adapun Mursal Khafi ialah perawi tidak mendengar Hadis daripada Perawi yang didengari daripadanya, sebaliknya mungkin dia pernah hidup sezaman atau pernah berjumpa Perawi tersebut.
Hukumnya:
Dhaif lagi Mardud iaitu tertolak kerana dari jenis Mungqati'. Di antaranya juga:

Hadis Mu'an'an
اسم مفعول dari عنعن di mana perawi berkata: (Daripada Polan, daripada Polan).
Dari sudut istilah ialah:
Kata-kata perawi: (Dari Polan, dari Polan).
Hadis Muannan
اسم مفعول dari أنن iaitu kata-kata: (Polan telah menceritakan kepada kami bahawa Polan berkata).
Dari sudut istilah:
Kata-kata perawi: (Polan telah menceritakan kepada kami bahawa Polan berkata).

Hukum Kedua-duanya:
Sekiranya perawi adalah Mudlis nescaya Hadis adalah Mardud iaitu tertolak. Jika perawi tidak Mudlis maka Ulama mensyaratkan perawi mestilah pernah berjumpa dengan Syeikhnya, jika perawi tidak berjumpa nescaya Hadisnya adalah Mardud iaitu tertolak. Perawi tidak dikatakan Mudlis jika pernah berjumpa dengan Syeikhnya maka Hadisnya adalah مقبول iaitu diterima.

    1. MUDLIS

Pengertiannya pada bahasa:
اسم مفعول dari التدليس (Tadlis) iaitu menyembunyikan kecacatan barang dagangan dari pembeli, asal التدليس adalah nama terbitan dari الدلس bermakna percampuran kegelapan seolah-olah keadaan perawi Hadis ini lebih kelam menyebabkan dinamakan Mudlis.

Dari sudut istilah:
Menyembunyikan kecacatan sanad sebaliknya memperelokkan zahirnya. Tadlis adalah dibenci manakala Tadlis sanad sangat dibenci berbanding dengan Tadlis Syeikh-syeikh.
Hukumnya:
Jika tidak dijelaskan secara mendengar nescaya tidak diterima riwayatnya seperti (Dia meriwayatkan dari) dan sebagainya. Apabila dijelaskan (secara mendengar) maka riwayatnya diterima.
Bahagiannya:

Pertama:
Perawi meriwayatkan Hadis daripada seorang Syeikh, dia cuma mendengar sebahagian Hadis sahaja tetapi dia menisbahkan Hadis tersebut yang ditadliskannya. Sebenarnya dia tidak mendengar daripada Syeikhnya tetapi mendengar daripada orang lain. Dia cuba menyembunyikan orang yang memberitahunya sebaliknya menisbahkan kepada Syeikh yang didengarinya lalu dia meriwayatkan Hadis dengan lafaz yang meragukan pembaca di mana pembaca beranggapan dia mendengar seperti (Katanya) atau (Daripada Polan). Lafaz sebegini boleh meragukan orang lain kerana dia tidak menjelaskan secara mendengar. Dia tidak menyebut (Aku dengar atau diceritakan kepada aku) supaya tidak terbongkar pembohongannya.

Kedua:
Perawi menyembunyikan nama orang yang memberitahu Hadis kepadanya, gelaran atau sifat orang tersebut supaya tidak dikenali sedangkan dia juga tidak mengetahuinya.

    1. MU`ADDLAL

Pengertiannya pada bahasa:
Muaddal dari sudut bahasa: Halangan, kesempitan dan kesusahan, وعضل . به الأمر : Ertinya اشتد iaitu berusaha melakukan sesuatu perkara. Begitu juga pengertian عضل المرأة يَعْضِلها عَضْلا, وعَضَّلها - iaitu menghalangnya daripada berkahwin dengan orang zalim, dan المُعْضِلات : Ertinya الشدائد iaitu berusaha.

Dari sudut istilah:
Hadis yang gugur dua orang perawi atau lebih pada pertengahan riwayatnya secara berturut-turut. Keguguran sanad tersebut yang membawa kepada terpotongnya sanad Hadis dinamakan Muaddal bermaksud sangat susah untuk menyambungnya.

Hukumnya:
Hadis Muaddal lebih teruk dan lebih Dhaif dari Hadis Mursal dan Hadis-hadis lain kerana gugur di antara perawi. Keguguran di sini lebih serius dan lebih teruk disebabkan oleh kehilangan dua orang perawi atau lebih pada satu tempat.

    1. MUNQATHI`

Pengertiannya pada bahasa:
اسم فاعل dari (الانقطاع) iaitu terpotong lawannya الاتصال iaitu bersambung.

Dari sudut istilah:
Hadis yang gugur seorang perawi atau lebih pada pertengahan riwayatnya tanpa berturut-turut. Dalam membuat perbezaan di antara Hadis Mungqatik dan Hadis Mursal, beberapa Mazhab ahli Hadis menetapkan bahawa Hadis Mursal ditentukan bagi sahabat manakala Hadis Mungqatik pula ditentukan kepada perawi yang diambil sanad tersebut sebelum sampai kepada taabi'ee di mana perawi tersebut tidak mendengar siapakah perawi sebelumnya dan perawi yang gugur di antaranya secara pasti dan tidak pasti, di antaranya juga sanad yang disebut oleh beberapa orang perawi dengan lafaz Mubham iaitu samar seperti رجل iaitu seorang lelaki, شيخ iaitu seorang Syeikh atau selain dari keduanya. Ada juga Mazhab yang berpendapat bahawa Hadis Mungqatik sama sahaja dengan Hadis Mursal malah kedua-duanya adalah lengkap bagi setiap Hadis yang tidak bersambung sanadnya. Mazhab ini hampir termasuk ke dalam kelompok Mazhab Fekah, begitu juga mengikut Mazhab lain sebagaimana yang disebut oleh Al-Hafiz Abu Bakar Al-Khatib di dalam kitab Kifayahnya. Cuma kebanyakan Hadis yang disifatkan sebagai Mursal adalah dari sudut penggunaan Hadis yang diriwayatkan oleh taabi'ee daripada Nabi s.a.w dan kebanyakan Hadis yang disifatkan sebagai Mungqatik adalah Hadis yang diriwayatkan dari sahabat tanpa perantaraan taabi'ee seperti: Malik meriwayatkan Hadis daripada Umar dan seumpamanya. Begitu juga mengikut cerita Al-Khatib Abu Bakar yang diambil daripada Ulama Hadis bahawa (Hadis Mungqatik adalah Hadis yang diriwayatkan daripada taabi'ee atau bukan daripada taabi'ee adalah Mauquf samada dari kata-kata atau perbuatannya).

Hukumnya:
Hadis Mungqatik adalah Dhaif sebagaimana yang disepakati oleh Ulama kerana tidak mengetahui keadaan perawi yang hilang.

    1. MU`ALLAQ

Pengertiannya pada bahasa:
Diambil dari علَّق الشيء تعليقا جعله معلقا iaitu menggantung sesuatu supaya bergantung menyebabkan ianya tergantung dan diletak di antara keduanya penghubung dan pengikat. Seolah-olah pergantungan ini di ambil dari menggantung tirai dan menggantung talak kerana perkongsian kedua-duanya dalam memutuskan hubungan mengikut pendapat Ibnu Solah.

Dari sudut istilah:
Hadis yang dibuang seorang perawi atau lebih dari permulaan sanad secara berturut-turut sehingga sebahagian daripada mereka turut membuangnya pada setiap sanad.

Gambarannya:
1 - Membuang kesemua sanad sebagaimana kata-kata mereka: Rasulullah s.a.w bersabda: Begini dan begini.
2 - Membuang kesemua sanad kecuali sahabat sebagaimana kata-kata mereka: Ibnu Abbas berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Begini...
3 - Membuang kesemua sanad kecuali sahabat dan taabi'ee sebagaimana kata-kata mereka: Said bin Al-Musayyab berkata: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah begini dan begini...

Hukumnya:
Hadis Muallak adalah Mardud iaitu tertolak dan tidak boleh berhujah dengannya kerana hilang satu syarat dari syarat Sah Hadis iaitu sanad bersambung kerana kita tidak dapat mengetahui keadaan perawi yang tidak dinyatakan.

1. Huraian Muallak di dalam dua Kitab Sahih:
Hukum Hadis Muallak adalah Mardud iaitu tertolak dan ianya adalah untuk Hadis Muallak secara umum tetapi sekiranya Hadis Muallak terdapat di dalam kitab Hadis Sahih seperti Sahih Bukhari maka ianya berada dalam dua keadaan
A - Hadis yang diriwayatkan dengan lafaz Jazam seperti قال , ذَكَر dan حَكَى maka ianya dihukum Sahih berdasarkan kepada orang yang membuat huraian.
B - Hadis yang diriwayatkan dengan lafaz Bina Majhul seperti قيل , ذُكِرَ dan حُكِيَ maka ianya tidak semestinya Sahih tetapi mungkin juga Sahih, Hasan , Dhaif dan tidak ada Hadis yang lemah iaitu sangat Dhaif. Keadaan ini memerlukan kajian terhadap sanad supaya dapat menentukan hukumnya.

2 - Huraian Bukhari dan Muslim:
Hadis yang diriwayatkan di dalam dua buah kitab Sahih dari huraiannya mempunyai hukum khusus iaitu: Hadis yang diriwayatkan dengan lafaz Jazam seperti قال, فعل ,أمر, روى ,ذكر فلان, maka ianya dihukum Sahih berdasarkan kepada orang yang membuat huraian. Hadis yang diriwayatkan bukan dengan lafaz Jazam seperti: يُرْوَى, يُذكر, يُحكى, يُقال dan حُكي maka ianya tidak dihukum sebagai Hadis Sahih. Maksudnya - lafaz ini dinamakan lafaz lemah - Apabila terdapat pada Hadis yang diriwayatkan di dalam dua kitab Sahih dan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan bahawa Hadis tersebut tidak Sahih bahkan memerlukan kajian dan penelitian yang mendalam, maka ianya kemungkinan akan menjadi Sahih, Hasan atau Dhaif.

  1. MAQBUL

Hadis yang lebih jelas kebenaran perawinya terhadap apa yang diriwayat dan dipindahkan. Ianya adalah Hadis Sahih dan Hasan.
Hukumnya:
Wajib beramal dan berhujah dengannya selagi tidak dihapuskan hukumnya atau bertembung dengan Hadis yang lebih Rajih (jelas) darinya.

1.      HADITS YANG BOLEH DIAMALKAN

Pengertiannya ialah:
Hadis Sahih atau Hasan yang selamat dari penghapusan hukum dan pertembungan.
Hukumnya:
Wajib beramal dan berhujah dengannya.

a.       Hadits dapat dijadikan hokum

Pengertiannya pada bahasa:
اسم مفعول dari (أحكم) bermakna أتقن .
Dari sudut istilah:
Hadis Makbul(diterima) yang terselamat dari Hadis lain berlawanan dengannya. Iaitu Hadis Sahih atau Hasan yang tidak bertembung dengan Hadis lain dari sudut kekuatan dan kedudukan.Sekiranya berlaku pertembungan dengan Hadis lain dari sudut kekuatannya nescaya dia akan terkeluar dari bahagian ini atau termasuk dalam bahagian Hadis yang menasakhkan dan Hadis yang dinasakhkan.

b.      Hadits yang menasyakhkan

Pengenalan nasakh dari sudut bahasa:
Ada Dua Pengertian Iaitu:
1 - Menghapus dan Menghilang: Umpamanya (نسخت الشمس الظل) yang bererti: Matahari menasakhkan bayang iaitu menghilangkan bayang tersebut dan (نسخت الريح آثار القوم) Ertinya: Tiupan angin menasakhkan kesan tapak kaki sesuatu kaum iaitu menghilangkannya.
2 - Memindah dan Menukar: Umpamanya (نسخت الكتاب) yang bererti: Kitab telah dinasakhkan iaitu dipindahkan isi kandungannya.

Dari sudut bahasa:
Hadis kedua yang membatalkan hukum Hadis pertama.
Syarat-syaratnya:

1 - Apa yang dinasakhkan mestilah hukum syarak samada Sunnah atau Al-Quran.
2 - Terdapat jangkamasa tertentu di antara penasakh dan yang dinasakhkan.
3 - Diketahui mana yang awal dan mana yang akhir. Hadis yang awal dinamakan Hadis yang dinasakhkan manakala Hadis yang akhir dinamakan Hadis yang menasakhkan.

Pengenalan Hadis Yang Menasakhkan Ialah:
Hadis kedua yang membatalkan hukum Hadis pertama

Hukumnya:
Wajib beramal dan berhujah dengannya. 
Bagaimanakah Nasakh boleh diketahui؟

Hadis yang menasakhkan boleh dikenali dengan beberapa perkara:
1 - Hadis Yang Menasakhkan boleh dikenal pasti daripada Rasulullah s.a.w sebagaimana sabdanya (Suatu ketika dahulu aku telah melarang kamu dari menziarahi kubur tetapi mulai sekarang kamu bolehlah menziarahinya.
2 - Diketahui melalui Sejarah dan Ilmu Sirah di mana ilmu sebegini berperanan penting untuk mengetahui perkara rtersebut.
3 - Kata-kata sahabat: Ini Hadis yang menasakhkan, ianya tidak diterima oleh sebahagian besar Ulama Usul kerana berdasarkan kepada Ijtihad di mana pada pandangan mereka Ijtihad kadang-kadang berlaku juga kesilapan. Mereka pernah menerima Hadis ini berdasarkan kepada perawi Hadis adalah thiqah iaitu sebelum mereka mengetahui bahawa Hadis ini adalah Hadis yang menasakhkan seperti Hadis Jabir (Hadis terakhir yang menasakhkan daripada Rasulullah s.a.w: Tidak boleh berwuduk dengan menggunakan air yang pernah dipanaskan).

2.      HADITS YANG TIDAK BOLEH DIAMALKAN

Pengertian:
Iaitu Hadis yang terbukti (Sahih atau Hasan) tetapi tidak diamalkan Hadis itu sama ada kerana dinasakh atau bertentangan.

Hukum Hadis:
Tidak boleh beramal dan berhujah dengan Hadis itu.

a.       Hadits yang tidak disepakati

Pengertiannya pada bahasa:
Nama terbitan daripada perkataan ( اختلاف ) iaitu perselisihan dan berlawanan dengan persepakatan. Makna Mukhtalif pada Hadis ialah Hadis-hadis yang sampai kepada kita dan terdapat perselisihan dari sudut makna.
Pengertiannya pada istilah:
Hadis yang bertentangan sesama Hadis serta boleh digabung antara kedua Hadis.

Hukum beramal:
Jika terdapat dua Hadis yang bertentangan, hendaklah mengikuti syarat-syarat berikut:

(a) Usaha menggabungkan antara kedua-dua Hadis. Setelah itu wajib beramal dengan kedua-dua Hadis tersebut.
(b) Jika tidak dapat menggabungkannya:
1 - Sekiranya dapat mengetahui mana yang menasakh dan mana yang dinasakh, amalkan yang menasakh.
2 - Buat pengukuran antara kedua Hadis dan beramal dengan yang lebih baik.
3 - Sekiranya kita tidak dapat menentukan antara kedua-dua Hadis, hentikan sementara waktu dari beramal dengan keduanya sehinggalah jelas mana yang lebih baik.

b.      Hadits yang dinasakhkan

Pengertian Nasakh mengikut bahasa:
1 - Menghilangkan dan menghapuskan: antaranya; Matahari menasakhkan bayangan apabila matahari menghilangkannya. Tiupan angin menasakhkan kesan tapak kaki kaum itu iaitu menghilangkannya.
2 - Memindahkan dan menukarkan: antaranya; Aku menasakh kitab itu apabila aku pindahkan isi kandungannya.

Pengertiannya mengikut istilah:
Syarak mengangkat sesuatu hukum yang terdahulu kerana ada hukum yang terkemudian.

Syarat-syarat:
1 - Hendaklah sesuatu yang dimansukh itu hukum syarak, sama ada dari Al-Quran atau Sunnah.
2 - Terdapat jarak masa antara keduanya.
3 - Hendaklah mengetahui mana yang lebih terdahulu antara Hadis, maka yang terdahulu dinamakan sebagai Mansukh (Ternasakh) dan yang terkemudian sebagai Nasikh (Menasakh).

Pengertian Hadis Mansukh:
Ialah Hadis terdahulu yang telah diangkat hukumnya oleh Hadis yang terkemudian.
Hukumnya:
Tidak boleh beramal atau berhujuh dengan Hadis Mansukh.


III.   MARTABAT PERAWI HADITS

  1. ADIL


Abdul Rahman Bin Abu Hatim Ar-Razi telah membahagikan dalam kitab (Al-Jarah Wa Ta'dil) kepada empat peringkat, kemudian Al-Hafiz Az-Zahabi dan Al-Iraqi telah menambahkan satu lagi menjadikannya lima peringkat, sementara Syeikhul Islam Ibnu Hajar telah menjadikannya enam peringkat. Susunan peringkat yang kita paparkan di sini adalah mengikut ibnu Hajar, serta keterangan pada setiap penambahan.

    1. Martabat Adil Pertama

Sahabat Nabi s.a.w:
Adalah yang tertinggi antara semua peringkat kerana persahabatan mereka dengan Nabi s.a.w , semua Hadis mereka boleh berhujah tanpa pengecualian kerana semua sahabat adalah adil dengan persepakatan ulama.

    1. Martabat Adil ke 2

1 - Mereka yang jelas mendapat sanjungan dan pengiktirafan samada melalui lafaz ( أفعل ) atau pengulangan sifat secara sebutan:

Lafaz yang digunakan:
Bentuk lafaz yang paling jelas ialah dengan menggunakan lafaz kata kelebihan ( أفعل ) seperti lafaz, orang yang paling diakui atau yang paling dipercayai atau hanya dia yang mendapat pengiktirafan. Imam Sayuti berkata: (Pendapatku: Antaranya: Tiada orang yang lebih dipercayai daripadanya, sebagai contoh polan dan polan tidak pernah dipersoalkan).
Ini adalah satu peringkat yang telah ditambah oleh ibnu Hajar.
Apakah boleh berhujah dengan mereka؟
Ya! Benar.
2 - Mereka yang telah dipastikan memiliki salah satu dari sifat adil.

Bentuk lafaz yang digunakan:
Dipercayai, dipercayai atau dipercayai tegas teliti atau adil kuat ingatan atau seumpamanya.
Ini adalah martabat yang ditambah oleh Imam Az-Zahabi dan Imam Al-Iraqi.
Apakah boleh berhujah dengan mereka؟
Ya! Benar.

    1. Martabat Adil ke 3

Mereka yang disifatkan dengan sifat yang diakui tetapi kurang jelas.

Bentuk lafaz kata yang digunakan:
Dipercayai, tetap, boleh berhujah, kuat ingatan atau seumpamanya.
Apakah boleh berhujah dengan mereka؟
Ya! Benar.

    1. Martabat Adil ke 4

Darjat mereka kurang sedikit daripada darjat yang ketiga.

Bentuk lafaz yang digunakan:
Benar, kedudukan benar, tidak mengapa atau ianya tidak mengapa.
Apakah boleh berhujah dengan mereka؟
Ya, tetapi setelah mengkaji dan meneliti serta membuat perbandingan terhadap Hadis-hadis mereka dengan Hadis yang diakui untuk memastikan kuatnya ingatan dan hafalan mereka.

    1. Martabat Adil ke 5

Darjat mereka kurang sedikit dari peringkat yang benar.

Bentuk lafaz yang digunakan:
Seorang yang benar tetapi kurang baik hafalan, Seorang yang benar dan ragu, benar tapi mempunyai keraguan, benar tetapi berubah diakhir-akhir umurnya ianya dapat dikaitkan kepada mereka yang dituduh dengan salah satu dari kumpulan yang melakukan perkara bidaah seperti Syiah,  Rafidhah, Qadariah Nasob, mur'jiah dan Jahmiah.

Syiah: Iaitu kumpulan yang menyokong Ali r.a dan mengutamakannya daripada Othman r.a walaupun ada pengiktirafan tentang kelebihan semua sahabat.

Rap'dh: Iaitu pelampau dalam Syiah. Ianya mempunyai beberapa bentuk, antaranya: Mengutamakan Ali daripada tiga orang Khalifah sebelumnya, kadang-kadang mereka lakukan itu dengan kemarahan dan celaan. Nasob: lawan Syiah, iaitu memusuhi Saidina Ali r.a dan mereka yang menyokongnya.

Qadar: Iaitu pegangan bahawa kejahatan bukan dari Allah, tetapi adalah dari perbuatan manusia.

Irja': Iaitu pegangan bahawa segala amalan bukanlah sebahagian daripada iman dan juga, iman tidak bertambah dan tidak berkurangan.

Jahmiah: Iaitu persepakatan puak Jahmiah pada sesetengah pegangan mereka. dan Jahmiah ialah satu golongan yang menafikan sifat-sifat Allah dan mereka mengatakan Al-Quran adalah makhluk.

Hukumnya:
Mereka menulis Hadis-hadis adalah untuk diambil iktibar. Imam Sayuti berkata: Harus diselidiki dahulu.

    1. Martabat Adil ke 6

Mereka yang hanya mempunyai sedikit Hadis tetapi tidak terdapat suatu keaiban yang menyebabkan Hadisnya yang sedikit itu ditinggalkan.

Bentuk lafaz yang digunakan:
Diterima (Makbul).
Apakah boleh berhujah dengannya؟
Tidak boleh berhujah melainkan apabila ada ulama lain yang menyusuli Hadisnya, Tetapi jika dia bersendirian maka dia dipertikai dan tidak boleh dibuat hujah.

  1. JARAH

Iaitu beberapa peringkat yang kita sebutkan perawi yang lemah dan yang amat lemah, sebagaimana yang disusun oleh Al-Hafiz Al-Iraqi dalam kitab ( التقييد والإيضاح ) terdapat enam martabat.

    1. Martabat Jarah Pertama

Mereka yang meriwayatkannya lebih daripada seorang tetapi tidak boleh dipercayai.

Bentuk lafaz yang digunakan:
Tidak dikenali atau tidak diketahui keadaannya
Apakah boleh berhujah dengan mereka؟
Tidak boleh berhujah.
Bolehkah mengambil Hadis dari mereka؟
Ya, berserta dalil.

    1. Martabat ke 2

Mereka yang tiada pengiktirafan daripada ulama muktabar dan juga dikatakan lemah (Dhaif) samada dijelaskan atau tidak.

Bentuk lafaz yang digunakan:
Lemah (Dhaif).
Apakah boleh berhujah dengan mereka؟
Tidak boleh berhujah.
Bolehkah meriwayatkan Hadis dari mereka؟
Ya, berserta dalil dan penyesuaian.

    1. Martabat ke 3

Mereka yang tidak pernah diriwayatkan Hadis daripadanya melainkan seorang sahaja dan tidak mendapat pengiktirafan.

Bentuk lafaz yang digunakan:
Tidak dikenali.
Apakah boleh berhujah dengan mereka؟
Tidak boleh berhujah.
Bolehkah meriwayatkan Hadis daripada mereka؟
Ulama berselisih pendapat dalam peerkara ini dan yang paling tepat, jika mereka yang tidak dikenali itu dari kalangan Tabi'ee atau yang dekat dengan  Tabi'ee boleh meriwayatkan Hadis mereka,tetapi berserta dalil dan persesuaian. Sekiranya mereka agak terkebelakang,maka dikira dari sudut Hadis mereka sama ada diriwayatkan secara munkar atau ragu maka ianya ditolak, tetapi jika menepati dengan orang yang diakui maka boleh diriwayatkan darinya.

    1. Martabat ke 4

Mereka yang tidak diakui langsung dan dhaif serta dicela

Bentuk lafaz yang digunakan:
Tinggal, Hadis yang ditinggalkan.
Apakah boleh berhujah dengan mereka؟
Tidak boleh.
Bolehkah meriwayatkan Hadis daripada mereka؟
Tidak boleh, kecuali untuk membezakannya dari Hadis sahih supaya tidak keliru.

    1. Martabat ke 5

Mereka yang dituduh menipu atau mereka-reka cerita.

Bentuk lafaz yang digunakan:
Dituduh penipu, mereka-reka cerita.
Bolehkah meriwayatkan Hadis daripada mereka؟
Tidak boleh, melainkan untuk membezakannya dari Hadis Sahih supaya tidak keliru.

    1. Martabat ke 6

Mereka yang disifatkan sebagai menipu dan mereka-reka cerita.

Bentuk lafaz yang digunakan:
Penipu, pereka cerita dan pembuat Hadis palsu.
Bolehkah meriwayatkan Hadis daripada mereka؟
Tidak, kecuali untuk membezakannya dari Hadis sahih supaya tidak keliru.


IV.   KEDUDUKAN SANAD

  1. SANAD-SANAD TERDEKAT DAN JAUH


Asas sanad pada permulaan adalah antara keistimewaan umat ini dan salah satu daripada sunnah besar yang dituntut. Abdullah bin Mubarak berkata: (Sanad ialah sebahagian dari agama, kalaulah tidak kerana sanad, pasti siapa sahaja akan berkata apa yang dia mahu).

Pengertian mengikut bahasa:

Al-Aali اسم فاعل daripada (العلو) lawan النزول dan Nazil اسم فاعل daripada (النزول) .
Mengikut istilah:
1- Sanad yang dekat (Aali): Ialah sanad yang hampir dengan Rasulullah s.a.w dimana bilangan perawinya adalah kurang, berbanding dengan sanad yang lain dimana terdapat ramai perawi pada Hadis yang sama atau jika dinisbahkan kepada sanad-sanad.
2- Sanad yang jauh (Nazil): Ialah sanad yang berlawanan dengan sanad yang tinggi dimana bilangan perawinya lebih ramai berbanding dengan sanad-sanad lain yang lebih sedikit perawi-perawinya, pada Hadis yang sama.

Ini bermakna satu Hadis yang disebut (warid) melalui dua cara atau dua sanad yang berbeza dimana salah satu bilangan perawinya kurang dari yang satu lagi, maka sanad yang kurang bilangan perawi dinamakan sanad yang dekat (Aali) dan yang satu lagi sebagai sanad yang jauh (Nazil).

Manakah yang lebih baik: Sanad yang dekat atau yang jauh؟
Yang penting ialah sahih sesuatu sanad bukannya dekat, sesungguhnya tidak boleh dilihat kepada dekat sesuatu sanad sedangkan terdapat dhaif atau rekaan.
Apabila sesuatu sanad yang dekat (Aali) kedudukannya sahih, itu adalah yang paling mulia dan utama kerana apabila makin bertambah bilangan perawi makin terdedah kepada kesilapan, tetapi sekiranya makin kurang bilangan perawi maka itu adalah lebih selamat.

  1. HUBUNGAN DI KALANGAN PERAWI

    1. RIWAYAT ORANG DEWASA DARI ANAK-ANAK
Orang yang lebih muda
Pengertiannya pada bahasa:
الأكابر adalah jamak daripada ( أكبر ) dan الأصاغر jamak أصغر dan maksudnya ialah riwayat orang yang lebih tua daripada yang lebih muda.
Pengertiannya pada istilah:
Orang yang lebih tua atau berkemampuan meriwayatkan Hadis dari mereka yang lebih muda samada dari sudut umur atau kemampuan atau kedua-duanya. Sebagai penunjuk dalam bab ini, sabda Rasulullah s.a.w dalam khutbahnya tentang seorang yang bernama Tamim ad-Daari mengenai ceritanya tentang beliau melihat dajjal di sebuah pulau.

Faedahnya:
1- Supaya tiada yang menyangka bahawa orang yang diriwayakan Hadis daripadanya lebih afdhal dan tua daripada orang yang mengambilnya , kerana begitulah kebiasaannya. Sesungguhnya telah jelas daripada Aisyah r.a katanya (Rasulullah s.a.w telah memerintahkan kami supaya meletakkan seseorang mengikut kedudukannya).
2- Supaya tiada yang menyangka berlaku pertukaran dalam sanad, kerana kebiasaannya orang yang lebih muda meriwayatkan daripada orang tua dan lebih berkemampuan.Ini boleh berlaku sebagaimana contoh berikut:

 1- Bahawa perawi lebih tua dan lebih tinggi  peringkatnya dari orang yang diriwayatkan daripadanya, seperti Az-Zuhri meriwayatkan dari Malik.
 2- Bahawa perawi lebih berkemampuan daripada orang yang diriwayatkan daripadanya, kerana beliau adalah hafiz lagi alim sementara orang yang diriwayatkan daripadanya itu cuma seorang syeikh perawi sahaja seperti Malik dalam riwayatnya dari Abdullah bin Dinar.
 3- Bahawa perawi mempunyai kedua-dua kelebihan samada dari sudut umur atau kemampuan. Diantaranya ialah riwayat sahabat daripada taabi'ee seperti riwayat Abadillah (Abdullah) dan lain-lain sahabat daripada Ka'ab Al-Ahbar.

    1. RIWAYAT BAPAK DARI ANAK

Pengertiannya:
Ialah terdapat dalam sanad Hadis bahawa bapa meriwayatkan Hadis daripada anaknya.
Faedahnya:
Supaya tiada yang menyangka berlaku pertukaran dalam sanad, kerana kebiasaannya riwayat berlaku demikian.

    1. RIWAYAT ANAK DARI BAPAK

Pengertiannya:
Ialah terdapat dalam sanad Hadis bahawa anak meriwayatkan daripada ayahnya sahaja atau ayahnya dari datuknya.
Faedahnya:
1 - Penyelidikan untuk mengenali nama ayah atau datuk jika tiada penjelasan namanya.
2 - Penjelasan maksud datuk, apakah datuk anak atau datuk ayah.

    1. RIWAYAT AQRAN

Pengertiannya pada bahasa:
الأقران adalah jamak daripada (قرين) bermaksud yang berdamping.
Pengertiannya pada istilah:
Sebaya pada umur dan sanad, dan maksud sebaya pada sanad ialah perawi telah mengambil Hadis daripada syeikh sendiri atau daripada syeikh yang satu peringkat.
Pengertian riwayat Al-Aqran:
Ialah salah seorang daripada Aqran meriwayatkan Hadis daripada seorang lagi sementara perawi itu tidak meriwayatkan daripadanya.

    1. RIWAYAT MUDABBAJ

Mudabbaj pada bahasa:
اسم مفعول dari (التدبيج) dengan makna ( التزيين. التدبيج ) adalah pecahan dari ديباجتي الوجه iaitu dua belah pipi, seolah-olah المدبج dinamakan begitu kerana persamaan antara perawi dengan orang yang diriwayatkan daripadanya sebagaimana persamaan kedua-dua belah pipi.
Pengertiannya pada istilah:
Dua orang Aqran saling meriwayatkan antara satu sama lain
Faedahnya:
1 - Memastikan tiada penambahan dalam sanad.
2 - Memastikan tiada penukaran (Dari) dengan (Dan), apabila diketahui bahawa dua perawi yang satu peringkat tidak mungkin mereka yang meriwayatkan daripada kedua-duanya menokok tambah atau menukar (Dari) pada perkataannya (Polan dari Polan) dan yang benar ialah (Polan dan Polan).

    1. RIWAYAT GURU DARI MURIDNYA

Pengertiannya pada bahasa:
As-Sabik اسم فاعل dari (السَّبْق) dengan makna terdahulu, dan اللاحق اسم فاعل dari (اللحاق) dengan makna terkemudian, maksud di sini ialah perawi yang mati dahulu atau terkemudian.
Pengertiannya pada istilah:
Ialah dua perawi berkongsi dalam meriwayat Hadis daripada seorang syeikh sedangkan antara kedua perawi itu mati dalam jarak waktu yang jauh perbezaannya.
Faedahnya:
1- Sanad menjadi dekat dengan sebab perawi lebih dahulu mati.
2- Memastikan tiada berlaku pengguguran pada sanad.

  1. HADITS MUSALSAL

    1. MENGIKUTI KEADAAN PERAWI

Hadis Musalsal mengikut keadaan perawi Hadis

Pengertiannya:
Keadaan perawi sama ada perkataan atau perbuatan atau perkataan dan perbuatan.

a. Percakapan

Pengertiannya:
Yang disepakati oleh perawi pada perkataan tertentu seperti: أشهد الله  polan telah menceritakan kepadaku.

b. Perbuatan

Pengertiannya:
Yang disepakati oleh perawinya pada perbuatan tertentu seperti: Kami telah menemui polan dan kami dihidangkan dengan tamar.

c. Percakapan dan Perbuatan

Pengertiannya:
Yang disepakati oleh perawi pada perbuatan dan perkataan tertentu seperti: Dia telah memegang janggutnya dan berkata: Aku percaya kepada qadar.

    1. SIFAT-SIFAT PERAWI

Pengertiannya:
Ialah perkongsian semua perawi pada sesuatu sifat sama ada perkataan atau perbuatan.

a.       Percakapan

Pengertiannya:
Semua perawi berkongsi pada satu sifat perkataan. seperti Hadis Musalsal dengan membaca surah Saf, sesungguhnya perawi-perawi telah berkongsi dengan berkata: (maka polan telah membacanya begini).

b.      Perbuatan

Pengertiannya:
Semua perawi berkongsi pada satu sifat perbuatan. seperti Hadis Musalsal dengan bersalam.

    1. MENGIKUTI CARA MERIWAYAT

Pengertiannya:
Ialah persamaan nama-nama perawi seperti Hadis Musalsal dengan nama Muhammad-Muhammad atau persamaan peringkat keilmuan seperti Musalsal dengan para fuqaha' atau hafiz atau persamaan pada keturunan seperti orang-orang Damsyik atau orang-orang Mesir.

a.       Lafadh Penyampaian

Pengertiannya:
Ialah Hadis yang semua perawi sepakat pada penggunaan lafaz tertentu sebagai contoh seseorang menyatakan: Telah menceritakan kepada kami demi Allah! Polan telah berkata. Sebanyak dua kali.

b.      Masa Meriwayat

Pengertiannya:
Ialah Hadis yang semua perawinya sepakat pada masa meriwayatkannya seperti Hadis yang semua perawi sepakat meriwayatkan pada hari Nahr.

c.       Waktu Meriwayat

Pengertiannya:
Ialah Hadis yang semua perawinya sepakat pada masa meriwayatkannya seperti Hadis yang semua perawi sepakat meriwayatkan pada hari Nahr.


  1. HADITS MUTABA`AH

Mutaba'ah ialah persepakatan perawi terhadap perawi lain pada sanad Hadis Gharib.
Pembahagiannya:
Mutaba'ah terbahagi kepada dua:
1 - Mutaba'ah sempurna: Iaitu mendapat persepakatan perawi dari awal sanad.
2 - Mutaba'ah terhad: Iaitu mendapat persepakatan syeikh perawi atau perawi sebelumnya.
Ibnu Hajar berkata: (Mutaba'ah mempunyai beberapa peringkat: Kiranya perawi sendiri yang mendapatkannya, itu adalah peringkat sempurna, tetapi sekiranya terhasil daripada syeikhnya atau perawi yang sebelumnya, itu adalah terhad dan boleh sebagai penguat).

Contoh kedua-dua Mutaba'ah:
Imam Syafei meriwayatkan dalam kitab Al-Um dari Imam Malik dari Abdullah bin Dinar dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: (Sebulan ialah 29 hari maka janganlah kamu berpuasa sehingga kamu melihat anak bulan dan jangan kamu berbuka (berhari raya) sehinggalah kamu melihat anak bulan, sekiranya kamu tidak nampak (cuaca mendung) maka sempurnakan menjadi 30 hari). Hadis dengan lafaz ini, telah membuat satu kaum menyangka Imam Syafei tidak meriwayatkan daripada Imam Malik mereka mengira Hadis itu antara Gharib Imam Syafei, kerana pengikut Imam Malik meriwayatkan Hadis itu daripada Imam Malik pada sanad ini dengan lafaz (kiranya kamu tidak nampak (cuaca mendung) maka kamu hitungkan bilangan bulan itu) tetapi kita dapati Imam Syafei Mutaba'ah iaitu Abdullah bin Maslamah Al-Qa'nabi, begitu juga imam Bukhari mengeluarkan Hadis itu daripada Imam Syafei daripada Imam Malik.

Ini adalah Mutaba'ah sempurna. Begitu juga terdapat Mutaba'ahnya yang terhad dalam Sahih Ibnu Khuzaimah dari riwayat Aasim bin Muhammad dari ayahnya Muhammad bin Zaid dari datuknya Abdullah bin Umar dengan lafaz (sempurnakan 30 hari). Dan dalam Sahih Muslim daripada riwayatnya Ubaidullah bin Umar dari Napi' daripada Ibnu Umar dengan lafaz hitunglah menjadi 30 hari. Ibnu Hajar menyebut contoh itu dalam kitabnya An-Nukhbah.




  1. PENYAKSIAN


Pengertian penyaksian:
Ibnu Hajar berkata: (Sekiranya didapati suatu matan yang diriwayatkan dari Hadis sahabat lain yang menyamai Hadis itu dari sudut lafaz dan makna atau pada makna sahaja, itu adalah penyaksian).

Contoh penyaksian:
Ibnu Hajar telah menyebut contoh penyaksian Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Syafei daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: (Sebulan ialah 29 maka janganlah kamu berpuasa sehingga kamu melihat anak bulan begitu juga janganlah kamu berbuka (berhari raya) sehinggalah kamu melihatnya sekiranya kamu tidak nampak (cuaca mendung) maka sempurnakanlah bilangan 30 hari) dan penyaksiannya adalah mengikut riwayat An-Nasaei daripada riwayat Muhammad bin Hunain daripada Ibnu Abbas daripada Nabi s.a.w maka beliau menyebut contoh Hadis Abdullah bin Dinar daripada Ibnu Umar yang mempunyai persamaan, ini dari sudut lafaz manakala dari sudut makna ialah Hadis yang diriwayat oleh Bukhari daripada riwayat Muhammad bin Ziad daripada Abu Hurairah dengan lafaz: (Sekiranya ada sesuatu yang menyebabkan kamu tidak dapat melihat anak bulan maka sempurnakan bilangan bulan Syaaban 30 hari).